web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bau Busuk Bongkar Kes Lelaki Bunuh, Kerat Mayat Ibu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 11:50AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Bau busuk membawa kepada penemuan 15 keratan bahagian badan seorang wanita warga emas dalam tangki kumbahan dipercayai dibunuh anak lelakinya, di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya bergegas ke rumah mangsa berusia 68 tahun itu untuk membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan bau busuk luar biasa daripada jiran sekitar.

“Pemeriksaan di bahagian belakang rumah kemudian menemukan potongan mayat di dalam saluran najis yang ditutup menggunakan papan kayu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Malaysia Sports League Daerah Kinta 2022 di X Park Sunway City di sini yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata pihak polis sebelum ini menerima laporan anak perempuan mangsa mengenai kehilangan ibunya beberapa hari lepas.

“Kita yakin suspek mempunyai masalah mental dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam polis menahan suspek yang dipercayai membunuh dan memotong badan ibunya, susulan penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah itu kira-kira 3.30 petang.

Mangsa hanya tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lalu selepas suami mangsa meninggal dunia dan mereka menjalankan urusan jual beli barangan terpakai.

Polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang yang dipercayai digunakan suspek bagi melakukan pembunuhan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 52 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi