web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar MRSM Maut, Ibu Parah Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 3:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 40 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Rumah Rakyat Kendong, Rembau dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian pada 9.20 malam itu, mangsa Shazman Sabarudin, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata ibu mangsa, Husnirazulia Mohd Yudin, 47, yang juga mengalami kecederaan parah kini menerima rawatan di zon merah, Hospital Tampin.

"Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 24 tahun yang dinaiki kedua-dua mangsa tersebut dan kereta Proton Saga dinaiki lima individu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya berdasarkan siasatan awal terdapat kerja-kerja penurapan jalan dari arah Tampin menghala ke Rembau di lokasi kejadian dan keadaan jalan lurus tetapi tidak rata, tidak berturap, berbatu halus serta mempunyai satu lorong sehala.

Hazri berkata kereta Perodua Axia yang dipandu dari arah Tampin menghala ke Rembau itu dipercayai hilang kawalan disebabkan permukaan jalan tidak berturap serta tidak rata, sebelum berpusing dan masuk ke laluan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian itu juga, pemandu kereta Perodua Axia serta lima individu menaiki Proton Saga mengalami kecederaan termasuk patah kaki dan dirawat di zon kuning hospital sama,” katanya.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat pada pagi tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad