web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Aidilfitri Libatkan Tarian Separuh Bogel, 11 Lagi Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 8:29AM

Arjunaidi Mohamed - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan kes majlis rumah terbuka Aidilfitri melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata enam daripada mereka direman termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan manakala lima lagi terdiri daripada pengunjung majlis itu.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dua lagi suspek dalam kes itu.

“Setakat ini, kami telah menahan pihak yang menganjur dan telah mengenal pasti penari yang terlibat dalam tarian separuh bogel itu.

“Polis juga telah mengenal pasti motif penganjuran majlis itu yang bertujuan menarik perhatian orang ramai,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Perlawanan Akhir Kejohanan Hoki Piala Ketua Polis Selangor Tahun 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel dan membakar bunga api dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City pada 27 Mei lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad