web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKRC Labuan Ditutup Secara Rasmi Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 11:16AM

PKRC Labuan ditutup secara rasmi hari ini selepas mengambil kira kadar kes baharu COVID-19 di pulau berkenaan kurang dari 5 kes sehari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Labuan secara rasminya ditutup hari ini selepas beroperasi selama lebih tujuh bulan.

Pusat di Dewan Serbaguna Labuan diserahkan semula kepada pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan (LC) dalam majlis ringkas dihadiri Ketua Majlis Keselamatan Negara (MKN) agensi penguatkuasaan Labuan, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata penutupan pusat berkenaan selepas mengambil kira kadar kes baharu COVID-19 di pulau itu kurang daripada lima kes sehari.

“Memandangkan Labuan merekodkan kes COVID-19 yang rendah dalam tempoh beberapa bulan ini, dan Malaysia telah memasuki fasa peralihan ke endemik, tiba masa untuk pusat ini ditutup.

“Pusat itu beroperasi dengan lancar walaupun melebihi kapasiti hampir 2,000 pesakit sejak ia mula beroperasi pada 29 Okt 2020,” katanya kepada Bernama.

Dr Ismuni berkata pusat rawatan yang strategik itu turut dijadikan hospital medan COVID-19 pada 27 Jun tahun lepas.

“Ia (penubuhan hospital lapangan) adalah selepas Labuan mengalami lonjakan mendadak kes positif COVID-19 dan serangan varian Delta dengan kematian dilaporkan setiap hari.

“Dengan kakitangan penjagaan kesihatan yang berdedikasi, petugas barisan hadapan dan kadar vaksinasi tinggi, Labuan berjaya dalam pertempuran melawan COVID-19 dan sejak itu bilangan pesakit menjalani kuarantin di pusat itu berkurangan secara beransur-ansur,” katanya.

Menurut Dr Ismuni, pusat yang bersaiz besar itu telah banyak membantu kakitangan penjagaan kesihatan menangani peningkatan harian bilangan pesakit COVID-19. 

“Kami berjaya mengurangkan bilangan pusat kuarantin daripada empat kepada satu, terima kasih buat pusat ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Ismuni berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Klinik Kesihatan Membedai masih beroperasi bagi menangani isu berkaitan COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar