web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pihak Berkuasa Perancis Mohon MLA Berkaitan Isu Rasuah MRT, LRT

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 3:06PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa Perancis membuat permohonan Mutual Legal Assistance (MLA) di Jabatan Peguam Negara berkaitan isu rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam melibatkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata ia berkaitan dengan isu LRT dan MRT yang terdahulu dan bukannya sekarang.

Beliau berkata pihak Perancis menyiasat pihak tertentu termasuk syarikat tertentu di Malaysia dan negara mereka yang tajuknya berkaitan Foreign Corrupt Practice by Public Official.

“Jadi, nama-nama berkaitan tidak boleh saya dedahkan dan kita juga sedang meneliti permohonan mereka dan harus diingat, sebarang bantuan keterangan yang kita berikan kepada negara seperti Perancis ini atau mana-mana negara lain ialah melalui Jabatan Peguam Negara (AGC).

“SPRM sedang berbincang dengan AGC bagi meneliti apakah yang boleh SPRM bekalkan dan beri bantuan kepada mereka bukan semua permohonan mereka akan kami penuhi. Jadi kami tengok yang mana kami boleh bantu, kami akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata mereka juga perlu membantu SPRM dan beri kerjasama sekiranya terdapat apa-apa jua permohonan SPRM kepada Perancis berikutan siasatan telah bermula lebih awal lagi oleh SPRM sejak Mac lalu.

“Skop siasatan SPRM adalah berkaitan dengan isu rasuah yang telah pun berlaku yang dibayar kepada pihak tertentu.... dan ini menjadi tumpuan kami dan setakat ini kami telah membuka dua kertas siasatan (berhubung isu rasuah berkaitan MRT dan LRT),” katanya.

Pada Isnin lepas, syarikat  pengoperasi pengangkutan awam, PRASARANA Malaysia memandang serius laporan media yang memetik sumber dan mendakwa ada elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.

PRASARANA dalam kenyataannya memaklumkan projek terlibat membabitkan MRT dan LRT.

Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan MRT. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad