Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tidak Wajar Sekat Pekerja Jalani Latihan, Perhalusi Punca Rakyat Enggan Pulang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika pengilang meluahkan kebimbangan mengenai rancangan kerajaan untuk menghantar siswazah atau pekerja mahir yang layak bekerja di Jepun, berbeza pula pandangan dilontarkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Timbalan Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pihaknya menyambut baik langkah proaktif itu yang dilakukan untuk melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi di negara ini.

“Bagi MTUC, rancangan itu sangat bermanfaat kepada kita. Memandangkan kita hendak menuju ke arah negara maju, Malaysia sememangnya memerlukan pekerja berkemahiran tinggi.

“Ini langkah terbaik kerajaan untuk memastikan semua pekerja di Malaysia mempunyai pengetahuan dan berkemahiran tinggi.

“Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan produktiviti dalam negara kita,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Malah katanya, langkah tersebut juga sejajar dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,065 pada 2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Jadi berdasarkan kemahiran tinggi itu juga, ia boleh menentukan penetapan gaji setiap pekerja. Betul tak?

“Itulah sebabnya kerajaan memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) yang berperanan dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai kebimbangan majikan mengenai kekurangan buruh di negara ini akibat rancangan tersebut, Mohd Effendy berkata, beliau tidak melihat timbul masalah berkaitan perkara itu.

“Saya tak nampaklah kenapa majikan bimbang. Sejak dari dulu lagi pun mereka selalu menyebut soal berkaitan kekurangan tenaga kerja.  

“Kalau timbul masalah itu, kita boleh berbincang dengan kerajaan, pekerja dan juga majikan. Tapi kalau kita menghalang pekerja daripada menjalani latihan berkemahiran tinggi, itu satu tindakan tidak wajarlah,” katanya.

Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga disaran mewujudkan sebuah pasukan petugas khas atau taskforce untuk mengkaji punca pekerja mahir tidak mahu pulang berkhidmat di tanah air.

“Bagi MTUC, sebab-sebab mengapa mereka tidak mahu pulang ke negara kita perlu diperhalusi bersama. Jadi perbincangan secara lebih terperinci perlu diadakan dengan komprehensif dan berkala.

“Ini bagi memastikan mereka kembali ke tanah air untuk membantu meningkatkan ekonomi dalam negara. Itu asasnya. Jadi kita turut akan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga mahir asing,” katanya.

Namun Mohd Effendy berkata, faktor gaji antara punca golongan tersebut enggan kembali berkhidmat di negara ini.

“Setiap perkara yang berlaku itu tentu ada sebabnya dan salah satunya kita lihat faktor gajilah.

“Gaji dalam negara kita mestilah kompetitif. Memanglah kita dah ada gaji minima tapi ia adalah gaji lantai. Jadi majikan bolehlah meningkatkan gaji lebih daripada gaji minima.

“Sudah tentu ramai pekerja mahu bekerja dengan gaji tinggi. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam negara dan kadar kebergantungan kita terhadap warga asing. Itu paling baik sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menyatakan kebimbangan mengenai pelan kerajaan untuk menghantar pekerja mahir Malaysia ke Jepun dan berpendapat, tumpuan perlu diberikan kepada usaha untuk meningkatkan bekalan tempatan yang mencukupi.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, memandangkan tiada rundingan atau butiran awal disediakan mengenai potensi eksport kemahiran ke Jepun, persekutuan berharap lebih banyak maklumat mengenai Memorandum Kerjasama (MoC) oleh Kementerian Sumber Manusia dapat dikongsi supaya industri jelas mengenai bagaimana kerjasama itu berfungsi.

“Malaysia kini menghadapi kekurangan tenaga kerja yang kritikal, terutamanya pekerja mahir, yang menjejaskan pemulihan ekonomi negara kita.

“Kekurangan buruh telah menyebabkan kerja terhenti dan kurang pengeluaran di seluruh industri.

“Pengeluaran telah mengalami kekangan yang teruk, menyebabkan kegagalan untuk memenuhi pesanan sedia ada dan menerima yang baharu,” katanya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan satu jawatankuasa bersama akan diwujudkan untuk melaksanakan MoC bagi penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk bekerja di Jepun.

Katanya, MoC itu akan bertindak sebagai satu platform terbaik bagi pekerja mahir Malaysia yang berkelayakan untuk bekerja dalam ekosistem pekerjaan berteraskan teknologi maju di Jepun.

Melalui pendedahan dan pengalaman yang diperoleh, beliau berkata, pekerja Malaysia berpeluang meneroka pelbagai cabang teknologi yang menjadi nadi utama kemajuan sektor industri di negara matahari terbit itu. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

PRN: MTUC Cadang Cuti Khas Sabtu Ini

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Cadangan Caruman Majikan Dinaikkan: Dakwaan Sejuta Pekerja PMKS Dijangka Diberhenti Hanya Andaian

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Pelarasan Gaji Pekerja Kontrak Sekolah, Hospital Diumum PM Legakan MTUC, Cadangan Kami…’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa 21 jam yang lalu

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

Semasa 1 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid