Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Wanita Tidak Dilahirkan Sebagai Pemimpin’, Jawapan Nurulhidayah Dikecam Ramai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 9:21PM

Nurulhidayah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dikecam hebat baru-baru ini kerana mempertahankan tindakan seorang pensyarah wanita menghina pelajar tidak memiliki komputer riba, anak Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak bijak oleh warga maya.

Menerusi kenyataannya ketika ditemu ramah sebuah akhbar tempatan semalam, beliau mendakwa wanita tidak dilahirkan sebagai pemimpin, sebaliknya lelaki harus memikul tanggungjawab itu.

Kenyataannya tersebut menerima perhatian dan respon daripada warga maya, termasuk pemimpin.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menerusi Twitter berkongsi kembali video terbabit dan menganggap pemikiran seperti itu pastinya ditolak kaum Hawa.

“Semua wanita yang boleh menilai video ini mesti menolak cara pemikiran UMNO seperti ini, jangan undi Barisan Nasional jika mahu maju.

“Ini anak pemimpin atasan UMNO. Pemikiran seperti ini akan diterjemahkan menjadi polisi (dasar),” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen video itu yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @Kuntum_, netizen tidak ketinggalan memberikan pelbagai respon.

Mereka mempertikaikan apa sebenarnya dimaksudkan Nurulhidayah, malah ada pula berpendapat ia seperti memperlekehkan wanita.

“Adakah dia tahu apa yang dia cakap. Tidak hairanlah Malaysia akan mundur,” ciap @ads2702.

“Sentimen mengelirukan Nurul Zahid berhubung kepimpinan wanita sebenarnya bergema dalam kalangan konservatif Melayu yang beragama. Dalam utopia patriarki Melayu, lelaki adalah pemimpin dan wanita adalah sistem sokongan. Tapi kan, dia asyik nak mempromosi pemerkasaan wanita, namun di sini (kenyataannya) mengukuhkan sentimen itu,” komen seorang pengguna.

“Pemimpin dibentuk dan diajar. Tidak dilahirkan,” ujar pula @copieopie.

Segelintir netizen pula mempertikaikan keyakinan Nurulhidayah dalam menjawab persoalan dikemukakan kerana dilihat seperti tidak bersedia dan ‘tiada ilmu’.

Ada juga mempersoalkan kemampuan berbahasa Inggeris Nurulhidayah yang bukan sahaja dilihat tidak lancar, malah memberikan jawapan ‘dwibahasa’ sehingga dianggap ‘lucu’.

“Jika ada video untuk menunjukkan kepada orang ramai mengenai kepentingan mempelajari pendidikan Inggeris, ini dia. Husnuzon, mungkin English (bahasa Inggeris) dia teruk. Dia tak mungkin sebodoh message (mesej) dia. Mungkin lah,” tulis @hadiharhar.

“Budak umur 10 tahun pun boleh bercakap bahasa Inggeris dengan lebih baik,” respon @albedh0ez dengan sinis.

 “Ini bagaimana saya ‘goreng’ ketika peperiksaan apabila saya tidak tahu jawapan,” coret @teaszn.

“Saya fikir anda dilahirkan hanya untuk diam,” ciap pula @JeffSandhu.

“Inilah sebabnya kenapa kita tak sepatutnya tidur semasa kelas bahasa Inggeris,” tulis @isaacningkan.

Sementara itu, menerusi muat naik terbaharu Nurulhidayah di Instagram kira-kira empat jam lalu, beliau berkongsi gambarnya sedang ketawa dengan keterangan ‘don’t care’ vibes (aura tak kisah), dipercayai sebagai reaksi sinisnya berhubung kecaman diterima.

Nurulhidayah dilaporkan mengeluarkan kata-kata itu ketika diajukan mengenai pendiriannya berhubung hak wanita dalam kepimpinan politik.

“Saya fikir wanita tidak dilahirkan sebagai pemimpin. Lelaki yang dilahirkan untuk menjadi pemimpin.

 “Jadi saya fikir untuk hak asasi manusia, untuk hak wanita, saya fikir semua orang perlu mempunyai hak kerana kita semua manusia,” katanya.

Malah, beliau menerusi laman sosial Instagram turut mencoret kata-kata, termasuk berkongsi potongan ayat Al-Quran mengenai tanggungjawab kepimpinan lelaki dan wanita.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah sudah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) sudah memberi nafkah sebahagian dari harta mereka,” katanya.

Menurutnya, beliau berpandangan untuk menjadi sebahagian dari pasukan kepimpinan, ia tidak menjadi masalah, contohnya sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau pemilik syarikat.

“Yang saya maksudkan adalah pucuk kepimpinan tertinggi seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan seangkatan dengannya.

“Walaupun setinggi mana dan sehebat mana pun wanita, jadilah wanita yang sentiasa menjadi pendukung kejayaan serta kelemahan bagi mereka yang bergelar lelaki. Tanpa wanita, siapalah lelaki,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

4

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan