web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Solat Bersama Kipas Persenda Islam, Sikap Orang Munafik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 9:02PM

Kipas itu dipakaikan telekung atau pakaian solat lelaki bagi menunjukkan ia adalah imam atau makmum, kononnya pasangan hidup mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan segelintir anak muda yang solat berimamkan atau bermakmumkan ‘kipas’ sehingga tular sejak beberapa hari lalu, dianggap sebagai mempersendakan ibadah dan gurauan tidak beradab.

Jurucakap Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, perkara itu sangat ditegah dalam Islam, malah kelakuan mengejek solat adalah sikap orang munafik.

Katanya, secara asas, sikap menghormati syiar agama, seperti solat, puasa serta haji adalah diwajibkan kepada semua umat Islam.

Umat Islam jelas beliau, dilarang menjadikan agama sebagai bahan gurauan dan jenaka, apatah lagi ia dibuat demi meraih tontonan serta mengikuti trend terkini.

“Menurut Imam al-Maturidi, mereka yang beriman dan bertakwa pasti akan menghormati sesuatu syiar agama dengan ibadah dianjurkan agama, berbanding mereka yang bersikap sebaliknya dan ia menandakan kekurangan diri dari sudut iman serta takwa.

“Orang yang suka mempersendakan agama tidak lain tidak bukan hatinya cintakan keduniaan dan tidak mengetahui apa lagi habuan, selain keduniaan.

“Ia menjadi lebih parah apabila perbuatan ini menjerumuskan pelaku ke dalam lembah kekafiran dek kerana terhalang daripada melakukan kebaikan lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut kenyataan sama, kalimah solat kerap kali disebut di dalam Al-Quran dan hadis yang melambangkan ia adalah ibadat agung serta mulia, sehingga dianggap tiang agama.

Solat juga, katanya, benteng bagi umat Islam daripada terjerumus ke dalam kemungkaran.

Justeru, tegasnya, fungsi solat merangkumi dua perkara, iaitu mencegah perkara keji dan mungkar, terutama sesiapa yang sentiasa mengerjakan ibadat ini dengan berterusan.

“Ibn Kathir di dalam tafsirnya turut mendatangkan riwayat Ibn Abbas RA yang menyatakan, sesiapa yang tidak mengerjakan solatnya dengan baik dan tidak mencegah dari kemungkaran, maka ibadat itu sesekali tidak bertambah di sisi Allah, melainkan ia semakin menjauh.

“Seharusnya solat itu menjadi pelindung kepada seseorang dari terjebak dalam perkara dilarang seperti perbuatan mempersenda-sendakan ibadat kerana ia melambangkan penghinaan,” katanya.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, setiap umat Islam harus bermuhasabah diri dan merenungi setiap perbuatan dilakukan.

“Seorang Muslim sejati adalah orang yang menjadikan Al-Quran sebagai imam dan Rasulullah SAW sebagai pedoman, bukannya kipas serta lain sebagai imam atau makmum.

“Pesanan untuk anak muda sekalian, hiasilah diri kalian dengan ucapan dan perbuatan baik agar menjadi contoh tauladan untuk masyarakat serta generasi akan datang,” katanya.

Terdahulu, tular perbuatan beberapa anak muda yang bersolat bersama kipas sebagai imam atau makmum.

Kipas itu dipakaikan telekung atau pakaian solat lelaki bagi menunjukkan ia adalah imam atau makmum, kononnya pasangan hidup mereka.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata, trend ‘solat berjemaah’ dengan objek itu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau turut menasihatkan golongan muda memperkayakan diri dengan ilmu Islam, meminta bantuan guru agama atau menghadiri kuliah di masjid atau surau.

Mereka juga dinasihatkan tidak melakukan perbuatan yang boleh menghina Islam dan mengikut tanpa usul periksa segala apa dipaparkan di media sosial atau sumber tidak diketahui kesahihannya.

“Orang ramai diminta melaporkan segala perbuatan seumpama itu kepada pejabat agama supaya tindakan boleh diambil, khususnya apabila amalan mengarut itu terus ditularkan,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Teguran Dianggap Tak Kena Tempat, Aisyah Undang Kemarahan Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan