web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kami Sedia Jadi Rakan Strategik KKM Untuk Laksana GEG - MBM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 1:12PM

Hasnul berkata, usaha itu juga amat bermanfaat dan dapat mengurangkan beban kepada kos rawatan penyakit akibat komplikasi merokok. - Gambar dari Facebook Hasnul Haniff Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan akta baharu bagi kawalan hasil tembakau dan merokok, termasuk melaksanakan peruntukan ‘Generational End Game (GEG)’, disifatkan mampu menurunkan peratus perokok dan memastikan kesihatan rakyat Malaysia lebih terjamin seperti disasarkan.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun berkata, usaha itu juga amat bermanfaat dan dapat mengurangkan beban kepada kos rawatan penyakit akibat komplikasi merokok.

“Bersempena Hari Tanpa Tembakau pada 31 Mei 2022 bagi mengatasi isu dan masalah merokok di Malaysia, MBM mengambil maklum serta menyokong hasrat KKM untuk membentangkan satu akta baharu bagi kawalan hasil tembakau dan merokok, supaya aktiviti pencegahan serta kawalan lebih komprehensif dapat dilaksanakan.

“Cadangan untuk melaksanakan peruntukan GEG atau Generasi Penamat adalah usaha yang sangat baik,” katanya.

Hasnul Haniff berkata, elemen penting dalam GEG adalah mengurangkan prevalan merokok kepada lima peratus dan menamatkan penjualan komersial produk tembakau.

“Ia juga menjadikan budaya merokok budaya yang tidak boleh diterima masyarakat, selain sifar pendedahan mengenai penggunaan tembakau kepada kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, dalam memastikan pelaksanaan GEG berjaya, MBM bersedia untuk membantu dan menjadi rakan strategik kepada KKM bagi menjalankan aktiviti advokasi serta pencegahan, terutama membabitkan belia melalui program Generational End Game Anti Rokok (GEGAR-18).

Menurutnya, MBM akan memberikan komitmen sewajarnya bagi memastikan aktiviti dirancang dapat dilaksanakan dan memberikan impak dikehendaki dalam memastikan belia sihat, unggul serta berketrampilan.

Jelasnya, usaha dijalankan diharap dapat mengatasi masalah merokok dalam kalangan belia di Malaysia.

“Diharapkan usaha akan dilaksanakan ini membawa kepada persekitaran di Malaysia yang positif dan harmoni, seterusnya mewujudkan ekosistem kondusif untuk membantu perkembangan belia di Malaysia,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada sidang media selepas melancarkan Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2022, memaklumkan semua Ahli Parlimen diminta menyokong akta baharu bagi kawalan tembakau dan merokok yang dijangka dibentangkan di Parlimen, Julai ini.

Katanya, draf akta baharu itu sudah dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk kelulusan, sebelum rang undang-undang (RUU) berkenaan boleh dibentangkan ke Parlimen.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok, termasuk rokok elektronik (vape) ke atas generasi lahir selepas 2005 atau GEG, bakal dibentangkan di Parlimen, Julai ini.

Melalui peruntukan GEG, tiada mana-mana individu atau premis dibenarkan menjual produk merokok kepada golongan berkenaan. - Getaran, 1 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad