web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PICKids Untuk Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun, Berakhir Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 2:33PM

Ibu bapa yang berhasrat untuk memberi vaksinasi kepada anak yang mencapai 5 tahun dinasihatkan mendaftar dan membuat tempahan janji temu melalui MySejahtera atau janji temu secara terus di KK. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan pada 3 Februari lepas bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tamat hari ini dengan 33 peratus daripada mereka lengkap menerima dua dos, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata mulai esok hingga 31 Januari 2023, vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berusia lima tahun pada atau selepas 31 Mei 2022 hanya ditawarkan melalui klinik kesihatan (KK) dan klinik swasta yang masih beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

“Ibu bapa yang berhasrat untuk memberi vaksinasi kepada anak yang mencapai lima tahun dinasihatkan mendaftar dan membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau janji temu secara terus di KK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berhasrat untuk melanjutkan PICKids kerana telah memberi masa yang cukup kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi secara percuma.

Katanya, selepas ini, sekiranya ibu bapa mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi anak mereka, mereka perlu ke klinik swasta dengan bayaran tertentu.

Sejak PICKids dilancarkan Februari lepas, sejumlah 1,720,411 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 1,171,888 kanak-kanak atau 33 peratus telah lengkap dua dos.

“Dianggarkan 548,523 kanak-kanak akan melengkapkan dos kedua mereka selewat-lewatnya 30 Ogos ini,” kata Dr Noor Azmi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad