web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Alami Gangguan Air, Pelajar Diarah Pulang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 9:36PM

Murid-murid terpaksa pulang ke rumah akibat gangguan bekalan air di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebuah sekolah di bandar ini berdepan masalah gangguan bekalan air, menyebabkan guru dan murid-murid terpaksa pulang ke rumah masing-masing, pagi tadi.

Ia susulan proses pembelajaran dan pengajaran yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik apabila bekalan air terputus.

Seorang kakitangan sekolah berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihak sekolah mengambil keputusan mengarahkan murid pulang ke rumah pagi tadi. 

Katanya, bekalan air berkenaan terputus sama sekali hingga menyukarkan aktiviti harian, memandangkan ia adalah keperluan utama kakitangan sekolah dan murid.

"Kita tidak tahu apa punca menyebabkan bekalan air terputus dan berharap selepas cuti penggal keadaan akan pulih seperti biasa," katanya kepada Getaran.

Terdahulu, isu berkenaan tular di Facebook, apabila satu hantaran yang memaparkan murid diarah pulang walaupun sudah tiba di sekolah, dimuat naik.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya, malah ada yang menyangkakan ia memiliki kaitan dengan penularan COVID-19.

Sementara itu, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu notis memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar di Kota Bharu.

Notis yang dimuat naik di Facebook semalam, memaklumkan gangguan bekalan air berlaku di jajahan Kota Bharu Utara susulan kerja pengaktifan paip utama yang baharu, membabitkan sumber dari Loji Rawatan Air Kampung Puteh ke Tangki Merbau.

Katanya, gangguan bermula dari 21 hingga 31 Mac ini dan dijangka menjejaskan lebih 6,500 akaun pelanggan. – Getaran, 25 Mac 2021

Keterangan gambar:

Sebuah sekolah di Kota Bharu berdepan masalah gangguan bekalan air sehingga murid-murid terpaksa pulang ke rumah masing-masing, hari ini.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar