web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Edar Dadah Tumpas, Lelaki Ukraine Antara Suspek

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 2:58PM

Ahmad Jefferi menunjukkan dadah yang dirampas. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di Lembah Klang, selepas menahan empat individu termasuk seorang lelaki warga Ukraine di kawasan letak kereta dekat Batu 11, Cheras, di sini.

Dalam serbuan pada 24 Mei lalu, keempat-empat suspek berusia 30 hingga 44 tahun itu ditahan ketika sedang mengangkat kotak coklat dari sebuah kereta jenis PERODUA Bezza, dipercayai mengandungi dadah yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Jefferi Abdullah berkata, polis merampas 39.9 kilogram (kg) dadah yang disimpan dalam satu kotak coklat, terdiri daripada 11 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki methamphetamine (syabu) seberat 10.7 kg.

Katanya, turut dirampas adalah tiga bungkusan teh cina berisi 55 paket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki syabu seberat 2.8 kg serta 25 bungkusan plastik, juga disyaki syabu seberat 25.4 kg.

Menurut beliau, maklumat awal mendapati dadah berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran, namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana bahan terlarang itu dibawa masuk termasuk ke Selangor.

“Siasatan turut mendapati sindiket ini aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah jenis methamphetamine di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu, dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai modus operandi digunakan.

“Semakan mendapati lelaki Ukraine berusia 44 tahun itu sudah dua kali masuk ke negara ini iaitu pada April lalu dan kali kedua pada 10 Mei, malah sejarah perjalanan mendapati suspek juga pernah ke Thailand,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Ahmad Jefferi berkata, polis menerusi serbuan berkenaan turut merampas tiga kereta, masing-masing terdiri daripada Mercedes Benz, Toyota Vios dan PERODUA Bezza, wang tunai RM20,380, matawang Baht berjumlah 35,000 (RM4,503) dan 11 barang kemas pelbagai jenis dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM389,083.

“Hasil ujian saringan awal air kencing pula mendapati seorang suspek positif dadah jenis THC dan seorang lagi positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine serta THC, manakala dua lagi suspek didapati negatif.

“Kesemua mereka kini direman selama tujuh hari mengikut Seskyen 117 Kanun Acara Jenayah mulai 25 Mei hingga 31 Mei,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad