web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajibkan Bas Sekolah Pasang Kamera, Jangan ‘Sapu Sampah Sorok Bawah Karpet’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 3:46PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menetapkan peraturan baharu yang lebih tegas kepada pengusaha bas sekolah supaya mereka memasang ciri keselamatan, seperti sistem sensor atau kamera di pengangkutan itu.

Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, peraturan terbabit ‘wajib’ dipatuhi pengusaha bas sekolah, tanpa sebarang alasan.

Katanya, jika tiada peraturan atau arahan khusus daripada kerajaan berhubung kepentingan dan ‘kewajipan’ itu dalam menangani kes kemalangan bas sekolah melanggar individu, ia umpama ‘mencurah air ke daun keladi’.

“Ia adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menggariskan peraturan tersebut yang diyakini mampu menyelesaikan masalah kemalangan membabitkan bas sekolah.

“Sekiranya semua peraturan digariskan dipatuhi dengan baik dan sepenuhnya, kes kemalangan membabitkan kanak-kanak di bawah lima tahun pasti dapat diatasi,” katanya ketika dihubungi Getaran.  

Menurut Teik Hua, antara ciri keselamatan wajib dipasang di bas sekolah adalah sistem sensor atau kamera keselamatan 360 darjah, selain sekurang-kurangnya seorang konduktor bagi membantu pemandu memantau keadaan sekeliling.

Jelasnya, konduktor bas terbabit perlu menjalankan peranan mengawal pergerakan ‘turun naik’ murid dengan menghantar dan mengambil mereka dari bas ke pagar sekolah atau pintu rumah.

Konduktor itu juga, katanya, perlu menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang berada di dalam bas sekolah.

“Ia terbukti berkesan kerana di Jepun, mereka mewajibkan setiap bas sekolah mempunyai seorang pembantu kepada pemandu bagi menjaga keselamatan murid,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penggunaan sistem sensor atau kamera 360 darjah adalah antara ciri keselamatan terbaik, tanpa bergantung kepada sumber manusia semata-mata.

“Jika peraturan tersebut dikenakan terhadap semua pengusaha bas sekolah, kerajaan boleh membantu dalam memperoleh teknologi tersebut pada harga murah dan berpatutan.

“Jadi, pengusaha bas tiada lagi alasan untuk tidak menggunakan teknologi terbabit di pengangkutan kendalian mereka,” tegasnya.

Selain itu, Teik Hua yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi isu tersebut dengan berkesan.

“Janganlah mengambil sikap ‘sapu sampah sorok di bawah karpet’ dalam isu ini kerana jika tidak diatasi, ia mungkin menjadi semakin serius di masa depan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan maut akibat dilanggar bas di hadapan rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada jam 12.15 tengah hari.

Ketika kejadian, kakak mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya melintas jalan sebelum terperosok di bawah bas bergerak.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar