web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Bersama Diwujudkan Laksana Penghantaran Pekerja Mahir Malaysia Ke Jepun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 12:51PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (kanan) menyaksikan Pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) di antara M Saravanan (dua, kiri) dan Furukawa (dua, kanan) di Pejabat Perdana Menteri Jepun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu jawatankuasa bersama akan diwujudkan untuk melaksanakan Memorandum Kerjasama (MoC) bagi penghantaran pekerja mahir Malaysia untuk bekerja di Jepun, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

MoC itu telah dimuktamadkan Saravanan dengan Menteri Kehakiman Jepun Yoshihisa Furukawa pada Khamis (26 Mei) dan pertukaran dokumen MoC telah disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida semalam.

Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Sumber Manusia akan menerajui jawatankuasa bersama yang diwujudkan itu bagi pihak Malaysia.

“MoC ini akan bertindak sebagai satu platform terbaik bagi pekerja mahir Malaysia yang berkelayakan untuk bekerja dalam ekosistem pekerjaan berteraskan teknologi maju di Jepun,” katanya.

Melalui pendedahan dan pengalaman yang diperoleh, beliau berkata pekerja Malaysia berpeluang meneroka pelbagai cabang teknologi yang menjadi nadi utama kemajuan sektor industri di Jepun.

“(Pekerja Malaysia) seterusnya berupaya membawa pulang kemahiran yang dipelajari serta budaya kerja masyarakat Jepun ke Malaysia selepas tamat tempoh pekerjaan mereka di sana,” katanya.

Beliau berkata Jepun dikenal pasti sebagai sebuah negara yang menawarkan kadar upah tinggi kepada pekerja berkemahiran.

“Oleh itu, pekerja mahir Malaysia yang menyertai program ini berupaya menjana pendapatan yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.

“Malah, pengalaman kerja di Jepun juga mampu meningkatkan kebolehpasaran guna tenaga Malaysia,” katanya.

Menurut Saravanan, pemeteraian MoC itu juga akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sumber bagi membekalkan pekerja berkemahiran ke negara-negara maju.

“Bagaimanapun, pekerja-pekerja berkemahiran tempatan hanya akan bekerja di Jepun untuk tempoh masa tertentu sebelum mereka kembali ke Malaysia dengan kemahiran serta pengalaman yang diperoleh untuk menyumbang kepada pembangunan negara kelak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad