web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional Dilancar Julai - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 8:43AM

Khairy berkata KKM menyasarkan 1.5 juta orang berumur 40 tahun ke atas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata KKM menyasarkan 1.5 juta orang berumur 40 tahun ke atas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini, diberi pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian darah dalam najis (FOCB) untuk kanser kolorektum dan saringan kanser payudara di klinik awam dan swasta.

“Kita kini perlu melihat banyak prosedur perubatan dan pembedahan yang tertunda sejak dua tahun lepas dan salah satunya adalah pemeriksaan kesihatan. Jumlah saringan kesihatan kita sejak dua tahun lepas memang menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perhimpunan Strategic Roundtable on Behavioural Sciences for Better Health, Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75 di Geneva, Switzerland semalam.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), satu daripada lima orang dewasa atau 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes; manakala tiga daripada 10 atau 6.4 juta orang mempunyai tekanan darah tinggi; dan empat daripada 10 orang atau lapan juta orang mengalami kolesterol tinggi.

Khairy berkata KKM sedang menimbang untuk memperluaskan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk NCD, termasuk untuk menetapkan tarikh janji temu pemeriksaan kesihatan.

Beliau yang juga Naib Presiden WHA ke-75 seterusnya menegaskan bahawa sains tingkah laku kini merupakan barisan pertahanan pertama dalam sistem kesihatan Malaysia kerana ia memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik COVID-19.

Sehubungan itu Khairy berkata pelaburan dalam unit tingkah laku adalah penting bagi setiap kementerian, pertubuhan atau kerajaan untuk mengumpul data, dan KKM telah menubuhkan unit baharu yang memfokuskan kepada kajian dorongan tingkah laku selain mempunyai Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IHBR).

Beliau turut berkongsi pengalaman dan kejayaan Malaysia tentang bagaimana sains tingkah laku menyokong tindak balas negara terhadap COVID-19, sambil menjelaskan bahawa tiga fokus utama memberi kesan terhadap sains tingkah laku, iaitu mempunyai komunikasi yang jelas dan meyakinkan, mengeluarkan arahan yang boleh dilaksanakan, dan membentuk dorongan.

WHA, badan pentadbir utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ialah acara tahunan yang menghimpunkan menteri kesihatan, ketua pengarah kesihatan dan pakar dalam bidang itu, untuk mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan dasar, program, WHO, hala tuju, komitmen dan strategi baharu mengenai penjagaan kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan