web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Wan Junaidi Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 8:44PM

Gambar kenangan Allahyarham Feona Sim @ Norjanah bersama Wan Junaidi . - Gambar dari Borneo Network

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datin Seri Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia pada jam 6 petang tadi.

Feona, 70, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, Sarawak.

Sumber Pejabat Menteri memaklumkan, jenazah Feona akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi, malam ini.

“Solat jenazah akan dilakukan pada jam 9.00 pagi esok, 28 Mei 2022.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada jam 10.00 pagi esok,” katanya.

Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dijangka hadir untuk solat jenazah esok. 

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” katanya.

Allahyarhamah berkahwin dengan Wan Junaidi pada tahun 1972 di Rumah Sarawak yang didiami Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub yang juga ‘bapa angkat’ kepada Allahyarham.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Sharifah Fariah, 49; Sharifah Nong-Jasima, 38 dan Sharifah Nuril Barieyah, 29. - Getaran, 27 Mei 2022
 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 minit yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad