web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Bantu Ibu Bapa Pesakit HFMD, Beri Cuti Khas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 6:21PM

Ibu bapa yang masih menghantar anak ke pusat penjagaan meskipun menghidap HFMD membawa risiko jangkitan lebih besar. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memainkan peranan dalam meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan memberi kelonggaran tertentu, termasuk membenarkan cuti khas.

Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, kelonggaran itu dapat memberi peluang kepada ibu bapa berkenaan untuk menjaga anak yang sakit.

Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Beliau ditanya berhubung kemungkinan ibu bapa yang masih menghantar anak mereka ke pusat penjagaan atau sekolah meskipun menghidap HFMD, sekali gus membawa risiko jangkitan lebih besar.

“Bagi ibu bapa kita faham juga, mereka ini tiada pilihan kerana sudah tiada cuti. Masa COVID-19 dahulu, mereka sudah mengambil cuti, sudah banyak cuti mereka ‘buang’, jadi ada ibu bapa bukannya tidak faham (untuk tetap hantar anak), tetapi sudah tiada pilihan, terpaksa hantar.

“Kalau tidak, mereka terpaksa mengambil cuti sedangkan tidak boleh mengambil cuti dan mungkin akan dipotong gaji. Bagi saya, penting bagi kerajaan untuk memainkan peranan.

“Sepatutnya ibu bapa yang mempunyai anak dan menghadapi masalah seperti ini, digalakkan sama ada diberi cuti tanpa gaji atau cuti separuh gaji untuk mendapat peluang menjaga anak sakit di rumah,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sharifa menambah, kerajaan digesa mewujudkan dana bagi penyakit berjangkit bagi membantu ibu bapa, terutama golongan B40 yang dipotong gaji oleh majikan kerana mengambil cuti menjaga anak sakit.

Hari ini dilaporkan, sebanyak 15,548 kes penyakit HFMD dilaporkan bagi seluruh negara pada minggu epidemiologi (ME) ke-20 berakhir Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 106.6 peratus, berbanding ME ke-19 yang hanya mencatatkan 7,526 kes.

Sementara itu, Dr Sharifa berkata, pengurusan rumah anak yatim atau pusat yang mempunyai penghuni ramai, perlu prihatin dengan perkembangan semasa melibatkan penyakit berjangkit, seperti HFMD.

“Guru dan penjaga kena prihatin dengan perkembangan ini. Jika tidak pasti, tanya kepada klinik kerajaan dan doktor terlibat dengan kesihatan awam supaya mereka tahu buat bilik isolasi dan sebagainya,” katanya. - Getaran 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

45 Murid Dijangkiti HFMD, Perak Ambil Langkah Kawalan - Exco

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Remaja Dirogol: Henti Spekulasi, ‘Ia Boleh Keruhkan Keadaan’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

30 Peratus Mykid Siap Tidak Dituntut Ibu Bapa, Penjaga - Saifuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad