web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Nafi Pecah Amanah Dana YAB, Pindah RM17 Juta Kerana Pegawai Cuai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 6:03PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan melakukan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM 17,953,185.21, sebaliknya menyatakan wang itu dipindahkannya kepada sebuah firma guaman kerana bekas setiausaha eksekutifnya kerap melakukan kecuaian.

Jumlah dana yayasan itu melibatkan pertuduhan keenam daripada 12 kesalahan pecah amanah, yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri.

Ahmad Zahid, 69, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau melantik Tetuan Lewis & Co bagi mengendalikan wang yayasan miliknya itu, memandangkan Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly kerap melakukan kecuaian dalam menguruskan kewangan peribadinya dan YAB.

“Yang Arif, seperti mana yang saya nyatakan di awal keterangan bahawa banyak kali kesilapan dilakukan oleh Mazlina, termasuk menulis amaun yang berbeza dengan perkataan pada cek serta tidak menghantar penyata bulanan kad kredit serta dokumen lain apabila diminta.

“Pemindahan wang yayasan itu ke sebuah firma guaman bukan untuk pecah amanah, tetapi menggunakan firma itu bagi menguruskan akaun pelanggan yayasan berikutan firma tersebut mempunyai pegawai-pegawai yang berketerampilan atau berkemahiran untuk menjaga akaun tersebut,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika disoal peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal pada hari keempat prosiding membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurut Ahmad Zahid, beliau banyak kali memberi nasihat serta panduan kepada saksi pendakwaan ke-90 itu, memandangkan wanita itu tidak mempunyai latar belakang perakaunan.

“Beliau (Mazlina) hanya meminta maaf tetapi mengulangi semula perbuatan itu. Apakah pilihan yang saya ada melainkan mencari jalan agar keseluruhan dana Yayasan Akalbudi dalam simpanan semasa bank (Affin Bank) dipindahkan kepada sebuah firma guaman yang mempunyai akauntan, pegawai akaun serta ‘book keeper’ yang menjaga akaun pelanggan,” katanya.

Kepada soalan Ahmad Zaidi dalam banyak-banyak firma guaman, mengapa Ahmad Zahid memilih Lewis & Co untuk mengendalikan dana YAB, Ahmad Zahid berkata seorang pegawai di Kementerian Dalam Negeri telah memperkenalkannya dengan peguam di Lewis & Co.

Mengenai pemindahan wang YAB kepada Lewis & Co, Ahmad Zahid berkata beliau sendiri telah memberi arahan kepada Affin Bank untuk membuat pindahan wang RM17,953,185.21 daripada bank itu kepada akaun pelanggan Lewis & Co dan wang tersebut masih milik YAB, bukan kepunyaan Yayasan Al Falah, firma guaman itu atau orang lain.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak pernah mengarahkan Mazlina menggunakan dana YAB berjumlah RM107,509.55 untuk membayar polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan.

“Saya tidak tahu Mazlina akan menggunakan cek pratandatangan untuk membuat pembayaran polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan milik persendirian.

“Cek-cek yang saya pratandatangan adalah untuk kegunaan segera sahaja, seperti pembayaran kepada kontraktor-kontraktor bagi pembinaan yang sedang dilaksanakan oleh yayasan pada ketika itu, atau pembayaran segera yang perlu dijelaskan apabila saya berada di luar negara,” katanya.

Semasa di peringkat pendakwaan, mahkamah diberitahu bahawa Ahmad Zahid dan keluarga mengambil 39 polisi insurans kenderaan bagi 20 kenderaan milik keluarganya termasuk 18 kenderaan mewah miliknya, antaranya BMW X5, Mini Cooper S, Mercedes Benz CLS350, BMW 320i (A), Toyota Land Cruiser dan motosikal BMW R1200 GS.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Pada 24 Januari lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Perbicaraan sedang berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek