web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pengetua Dilepas Dan Dibebas Tuduhan Amang Seksual

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 2:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang bekas pengetua sekolah hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Zainuren Mohamed, 58, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Noor Aini berkata mahkamah mendapati saksi-saksi yang dipanggil tiada kredibiliti berdasarkan keterangan mereka.

“Secara ringkasnya alasan mahkamah ke atas saksi-saksi, mahkamah mendapati terdapat banyak kelemahan dalam kes pendakwaan sekiranya mahkamah panggil kes ini untuk bela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri maka adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan kesalahan berdasarkan keterangan yang ada.

“Selain itu, kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi utama iaitu rakan mangsa, Fikri, turut menyumbang kepada keputusan mahkamah.

“Alasan penuh akan dikemukakan sekiranya pihak pendakwaan mengemukakan rayuan,” katanya.

Noor Aini mengarahkan Zainuren dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri dan wang jaminan dipulangkan kepada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Zainuren didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar berusia 13 tahun di bilik khas pengetua, di sebuah sekolah di Permatang Tok Jaya di sini pada 9.30 malam, 6 April 2018.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi pelajar lelaki berusia 13 tahun di asrama sekolah berkenaan pada 11.40 malam antara 9 Julai dan 13 Julai 2018.

Untuk pertuduhan ketiga dan keempat, Zainuren didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang murid berusia 11 tahun di bilik khas pengetua pada 4 petang, 10 Oktober 2018 dan melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang pelajar berusia 14 tahun di asrama sekolah itu pada 11 malam, tarikh yang sama.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh diwakili peguam E Gnasegaran, Audrey Wee dan S Vikneshwaran.

Gnasegaran memberitahu pemberita di luar Mahkamah bahawa tertuduh yang hadir ke mahkamah ditemani isteri hari ini berasa lega kerana keputusan itu membersihkan namanya yang tidak bersalah.

“Mahkamah mendapati keterangan saksi yang dipanggil termasuk empat saksi awam, dua guru, seorang murid dan ibu murid, tiada kredibiliti,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad