web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disyaki Tanam 100 Pokok Ganja Di Rumah, Mantan Diplomat Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 1:24PM

Ayob Khan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan seorang mantan diplomat dan anak lelakinya susulan penemuan lebih 100 pokok disyaki ganja di kediamannya di Janda Baik, Pahang.

Beliau berkata, polis merampas semua pokok ganja yang terdapat di sekeliling rumah suspek dan beberapa peralatan lain.

“Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana suspek memperoleh bekalan pokok ganja terbabit.

“Kami juga sedang menyiasat peranan kedua-dua suspek yang ditahan dalam kes tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam serbuan itu, mantan diplomat terbabit ditahan di rumahnya pada Sabtu lalu, manakala anak lelakinya yang berusia 53 tahun ditahan di Shah Alam, semalam.

Serbuan dilakukan oleh pihak JSJN di rumah tersebut pada jam 6 petang Sabtu lalu, sebelum menemui hampir 100 pokok yang dipercayai pokok ganja di sekeliling kediaman suspek.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penahanan tersebut, namun difahamkan Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dijangka akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes terbabit hari ini. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rampas Ganja Hampir Setengah Juta Dalam Kubur Cina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Lebih 16kg Ganja

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Ganja Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 9 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad