web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cacar Monyet, KKM Perlu Keluar Garis Panduan Jelas, Perketat Kawalan Sempadan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 8:11PM

Dr Kelvin Yii

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) digesa mengeluarkan garis panduan yang jelas dan khusus kepada orang ramai mengenai penyakit cacar monyet yang dikesan menular di Amerika Utara dan Eropah.

Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, ini termasuk nasihat bagi mereka yang berhasrat melancong ke destinasi yang sedang mengalami wabak itu.

Katanya, garis panduan itu penting sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak penyakit tersebut daripada merebak ke negara ini.

“Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai penyebaran virus yang membimbangkan di seluruh dunia dan mengatakan walaupun majoriti pesakit dijangkiti pulih tanpa komplikasi, kita masih harus mengambil serius.

“Sehingga kelmarin, WHO melaporkan 92 kes cacar monyet yang disahkan dan 28 yang disyaki di 12 negara ketika penularan misteri itu berterusan di Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom,” katanya hari ini.

Menurut beliau yang juga jurucakap kesihatan DAP, lebih banyak kes sudah tentu akan dilaporkan apabila pengawasan diperluas.

“Sebab itulah garis panduan dan syor yang betul mesti dikeluarkan KKM termasuk menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat negara terjejas akibat wabak tersebut untuk mendapatkan vaksin terlebih dahulu bagi melindungi diri mereka.

“Garis panduan WHO mengesyorkan agar mendapatkan vaksin cacar (smallpox) sedia ada atau vaksin cacar air yang dikatakan 85 peratus berkesan terhadap jangkitan cacar monyet,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga perlu meneliti cara untuk memperketatkan kawalan sempadan negara termasuk memantau kemasukan individu dari negara yang terjejas akibat wabak itu.

“Orang ramai juga harus dididik dan diberi garis panduan untuk memantau gejala cacar monyet, termasuk jika perlu tempoh kuarantin untuk mencegah penularan tempatan.

“Mereka yang mengalami gejala selepas pulang dari negara terbabit juga dinasihatkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Jelas beliau lagi, walaupun kadar kematian akibat wabak itu rendah dan majoriti pesakit dijangkiti pulih tanpa komplikasi, jangkitan tersebut tidak boleh dipandang ringan.

“Setakat ini, virus itu belum dilaporkan di Malaysia jadi kita perlu lebih berhati-hati.

“Oleh itu, kerajaan juga perlu pro-aktif dalam perkara ini bagi membina keyakinan orang ramai dan tidak mencetuskan situasi panik,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya.

Malah beliau berkata, kemungkinan transmisi jangkitan virus itu dari manusia ke manusia adalah terhad.

“Cacar monyet adalah disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan.

“Virus cacar monyet juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar