web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya PM Akan Umum Hasil Mesyuarat Kabinet Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 4:01PM

Ismail Sabri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan hasil mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini bagi membincangkan kos sara hidup dan masalah bekalan barang, termasuk kekurangan stok ayam hanya akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan rasmi.

Menerusi maklumat diterima Getaran daripada sumber sahih, perkara itu tidak akan dikeluarkan Menteri yang menghadiri mesyuarat dan perbincangan berkenaan.

“Kami diberitahu Perdana Menteri yang akan keluarkan statement (kenyataan), jadi kena tunggu statement daripada PM.

“Dari pihak kami, kami tidak ada mengeluarkan apa-apa statement, biar Perdana Menteri seorang sahaja yang memberitahunya, nanti apa-apa kami update,” katanya ketika dihubungi.

Mesyuarat Kabinet itu sepatutnya diadakan beberapa hari lagi, namun Ismail Sabri meminta ia dipercepatkan memandangkan banyak isu melanda negara, terutama membabitkan kos sara hidup yang dijangka meningkat kesan masalah global.

Malah, mesyuarat itu dijangka membincangkan masalah kekurangan bekalan ayam di pasaran, sehingga mencetuskan isu hangat dalam kalangan pengguna, penjual dan penternak sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama, mesyuarat itu dijangka sebagai penentu langkah ‘campur tangan’ kerajaan dan kementerian dalam menangani isu berkenaan. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

2

Politik 3 tahun yang lalu

Annuar Sahkan Mesyuarat Kabinet Berlangsung Esok

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Penggunaan Katil Di Wad Bersalin Johor Masih Terkawal

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Mesyuarat Kabinet Tidak Bincang Peletakan Jawatan Zuraidah - Hishammuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar