web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Sahkan Mesyuarat Kabinet Berlangsung Esok

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 8:39PM

Annuar Musa - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini memaklumkan mesyuarat Kabinet akan berlangsung esok (Jumaat), dan beliau sudahpun menerima notis pemakluman mengenainya.

"Saya anggota Jemaah Menteri, ada notis untuk esok… macam biasa, mesyuarat mingguan lazimnya hari Rabu, namun sebab Parlimen bersidang maka diadakan pada hari Jumaat.

"Maka kami, menteri, akan hadir mesyuarat macam biasa, kerja berjalan terus. Ada mesyuarat (Kabinet) esok, Parlimen tak bubar lagi," katanya pada sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata, pihaknya malah akan terus menjalankan fungsinya selepas Parlimen dibubarkan, kerana tanggungjawab menguruskan inflasi, pengawalan harga barang dan bekalan adalah urusan harian.

"Jawatankuasa ini bubar atau tak bubar, kita akan jalan terus, kita akan terus buat kerja kita. Kerajaan memang.. kalau bubar pun kerajaan tetap wujud, kerajaan walaupun biasanya dirujuk sebagai caretaker government (kerajaan sementara), kita perlu menguruskan banyak perkara.

"Sekalipun Parlimen dibubarkan... termasuk urusan inflasi… ini urusan harian, urusan harga barang, urusan bekalan... jadi kerajaan akan terus memikul tanggungjawab ini, dan jawatankuasa kita akan menjalankan tugas seperti biasa," katanya.

Pasukan Khas yang ditubuhkan pada 29 Jun lepas itu berperanan mengumpulkan maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi, khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM