web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Tolak Risiko Pelaksanaan Gaji Minimum Beri Kesan Pada Inflasi - Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 4:12PM

Rafizi Ramli berkata kadar inflasi negara pada Mei 2023 terus reda kepada 2.8 peratus berbanding 3.3 peratus pada April 2023, mencatat penurunan sembilan bulan berturut-turut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak menolak kemungkinan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 di semua sektor termasuk majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bermula 1 Julai lepas akan memberi kesan kepada kenaikan kadar inflasi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi Bersama Warga Kementerian Ekonomi di sini hari ini, Rafizi berkata kerajaan bagaimanapun telah melakukan penilaian berhubung perkara itu sebelum memutuskan untuk melaksanakannya.

“Pelaksanaan gaji minimum akan ada risiko (kenaikan inflasi) tetapi kita (kerajaan) sentiasa memastikan kenaikan gaji boleh mengimbangi antara gaji dan kos sara hidup. Itu fokus kita.

“Keadaan ekonomi tentunya sentiasa ada inflasi, malah, anda mahu mengekalkan inflasi pada paras baik tertentu antara dua peratus,” katanya.

Perintah gaji minimum untuk seluruh negara diwartakan pada 27 April 2022, untuk pelaksanaan mulai 1 Mei 2022, manakala penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, berkuat kuasa pada 1 Julai tahun ini.

Rafizi berkata kadar inflasi negara pada Mei 2023 terus reda kepada 2.8 peratus berbanding 3.3 peratus pada April 2023, mencatat penurunan sembilan bulan berturut-turut.

“Cuma yang penting inflasi dapat ditampung oleh kenaikan gaji yang setimpal dengan nilai kerja dan kenaikan harga barang,” katanya.

Rafizi berkata pelaksanaan gaji minimum itu dapat memastikan pendapatan rakyat naik secara berkala setimpal dengan kenaikan kos sara hidup. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diputuskan Bulan Ini, 3 Kaedah Dipertimbang - Rafizi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Percubaan Sistem Padu Pada November, Diguna Januari 2024

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan