web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inflasi Malaysia 2.4 Peratus Pada Jun, Terendah Bagi Separuh Pertama 2023

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 9:27PM

Peningkatan inflasi yang lebih perlahan didorong oleh peningkatan rendah kumpulan restoran dan hotel - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan Indeks Harga Pengguna (IHP) Jun 2023 hari ini, jabatan itu menyatakan bahawa kadar inflasi yang mencecah 2.8 peratus pada Mei lepas, telah memaparkan aliran yang menyederhana sejak Januari 2023 apabila mencatat 3.7 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan inflasi yang lebih perlahan pada Jun itu didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel iaitu 5.4 peratus, makanan dan minuman bukan alkohol (4.7 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.3 peratus).

“Kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP, telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 4.7 peratus (Mei 2023: 5.9 peratus). 

“Komponen makanan di rumah merekodkan peningkatan lebih rendah untuk empat bulan berturut-turut kepada 3.2 peratus pada Jun 2023 berbanding 4.3 peratus pada bulan sebelumnya manakala komponen makanan di luar rumah mereda kepada 6.8 peratus berbanding 8.1 peratus pada Mei 2023,” katanya.

Inflasi di peringkat negeri menyaksikan 10 negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 2.4 peratus dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatat peningkatan paling rendah sebanyak 1.2 peratus pada Jun 2023.

Bagaimanapun, kata Mohd Uzir, hanya enam negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Sarawak (3.0 peratus), Pahang (2.9 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.8 peratus), Selangor (2.7 peratus), Perak (2.7 peratus) dan Melaka (2.7 peratus).

Dari segi perbandingan dengan negara terpilih lain di Asia Pasifik, beliau berkata kadar inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di Republik Korea, Indonesia dan Filipina. 

Bagi zon Eropah pula, inflasinya meningkat perlahan kepada 5.5 peratus pada Jun 2023 berbanding 6.1 peratus pada bulan sebelumnya manakala inflasi di Amerika Syarikat reda kepada 3.0 peratus pada Jun 2023 berbanding 4.0 peratus pada Mei 2023. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan