Berita Terkini

11 jam yang lalu: Pengekalan harga air, elektrik akan sokong perniagaan, ekonomi - ahli ekonomi 11 jam yang lalu: 24 koperasi di Perlis terima bantuan sebanyak RM1.12 juta 11 jam yang lalu: Lebih 200,000 pendatang tanpa izin pulang secara sukarela 11 jam yang lalu: 10 pelajar di teluk intan ditahan berhubung kes buli 11 jam yang lalu: UMW sasar tanam 300,000 pokok bakau di pesisiran pantai negara menjelang 2023

IKUTI KAMI


Najib, Shafee Gagal Dapat Kebenaran Merayu Untuk Gugurkan Sri Ram

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 2:36PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal dalam usaha mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan kes mereka.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan tanpa perintah berhubung kos.

Beliau berkata persoalan undang-undang yang Najib dan Muhammad Shafee mahu mahkamah pertimbangkan telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2014 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes sivil, pihak litigasi perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Mohd Zawawi, yang bersidang bersama Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, berkata persoalan undang-undang mengenai pelantikan peguam bela sebagai timbalan pendakwa raya telah selesai dan mahkamah tidak mempunyai sebab untuk tidak menerima keputusan itu yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Anwar. 

Dalam kes berkenaan, Anwar memohon untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa ad hoc untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwaan dalam kes liwat.

Hakim Mahkamah Persekutuan (Mohd Zawawi) berkata Seksyen 376 (3) dan Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah berkaitan dengan dua cara pelantikan, pertama pelantikan terus oleh pendakwa raya dan Seksyen 379 adalah melalui fiat pendakwa raya.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Disember 2018.

Muhammad Shafee, yang juga peguam bekas perdana menteri itu, turut memfailkan semakan kehakiman kerana beliau juga mahu menggugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan perbicaraan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang dihadapinya.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan atau menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan itu tidak sah. 

Najib dan Muhammad Shafee juga memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu dan memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Kedua-dua semakan kehakiman Najib dan Muhammad Shafee telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2020 dan mereka gagal dalam rayuan mereka yang juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Semasa prosiding hari ini yang dijalankan secara maya, Muhammad Shafee yang mewakili Najib dan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee berkata terdapat persoalan undang-undang baharu dan kepentingan awam untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Antara persoalan undang-undang yang dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan adalah berkaitan pelantikan peguam sebagai timbalan pendakwa raya di bawah Seksyen 376 (3) dan Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan lain adalah sama ada pihak pendakwa raya boleh melantik peguam bela sebagai timbalan pendakwa raya kanan tanpa pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya dibuat di tempat dahulu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan, Peguam Negara dan Sri Ram membantah permohonan kebenaran dengan mengatakan bahawa persoalan undang-undang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Anwar. - Bernama

Sorotan

1

Elanghovan, 64, Rakyat Malaysia Tertua Takluk Everest

2

Stadium Shah Alam Sudah Jadi 'Gajah Putih'?

3

Tidak Hormat Bahasa Kebangsaan Bukan Jenayah Berat, Denda RM50,000, Penjara Melampau

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Video Berbalas Tembakan Tidak Berlaku Di Bukit Tinggi - Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Lelaki Rentung Ditemukan Dalam Kediaman Terbakar Di Kanchong Darat

Semasa 16 jam yang lalu

Tiada Tangan Ghaib Cuba Kawal Keputusan Pemilihan PKR - Fahmi Fadzil

oleh Fitri Nizam

Semasa 13 jam yang lalu

Tidak Apung Harga Ayam, Penternak Kata Tiada Isu - FLFAM

oleh Sofian Baharom