web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persatuan Pengguna Gesa Wujudkan Suruhanjaya Bebas Bekalan Makanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 9:03PM

Kewujudan suruhanjaya penting memandangkan punca kuasa melibatkan bekalan makanan ketika ini dilihat berada pada jabatan dan kementerian yang berasingan. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjelang mesyuarat Kabinet bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup serta penawaran bahan makanan esok, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didesak untuk segera mewujudkan satu suruhanjaya bebas berkaitan bekalan makanan.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, suruhanjaya itu boleh membawa kepada penguatkuasaan sebarang peraturan atau undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab seperti kartel ayam.

Samsudin Mohamad Fauzi
Samsudin Mohamad Fauzi

Menurut beliau, ia juga membolehkan tindakan diambil terhadap golongan yang menyorok makanan di samping menangani kenaikan melampau harga barangan.

Kewujudan suruhanjaya itu jelasnya, penting memandangkan punca kuasa melibatkan bekalan makanan ketika ini dilihat berada pada jabatan dan kementerian yang berasingan.

“Contohnya sekarang ini apabila kita bercakap tentang kuasa import dan eksport berada di Kastam.

“Isu halal haram terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sementara lesen untuk import dan eksport dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Isu bekalan makanan pula terletak dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KPDNHEP), jadi mereka duduk berterabur,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Media hari ini melaporkan, mesyuarat Kabinet akan diawalkan ke esok bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KPDNHEP serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), masing-masing akan membentangkan laporan berkaitan isu itu, termasuk perancangan jangka pendek dan panjang serta cara mengatasi kemelut berkenaan.

Mengulas lanjut Samsudin berkata, kos sara hidup dan penawaran bahan makanan tidak pernah selesai justeru, usaha penubuhan suruhanjaya yang mengawal selia keperluan makanan rakyat adalah agenda yang teramat penting.

Dengan adanya suruhanjaya seumpama itu tambah beliau, suruhanjaya bebas tersebut akan mempunyai kuasa yang penuh dan tidak perlu merujuk kepada pihak lain.

Samsudin menarik perhatian, beliau sebelum ini pernah menganggotai Jawatankuasa Kos Sara Hidup Rakyat pada 2014 namun jawatankuasa itu dilihat tidak berjaya menyelesaikan isu berkenaan.

“Sekejap sahaja selepas itu jadi semula. Ia menjadi satu kisah tiada pengakhiran (never ending story). Yang terbaik adalah wujudkan suruhanjaya ini. Mereka adalah badan bebas iaitu punca kuasanya di bawah satu sahaja,” katanya.

Idea penubuhan suruhanjaya tersebut tambah Samsudin, telah dilontarkan beliau sejak 2020 namun sehingga kini tiada lagi tindakan atau maklum balas daripada pihak kerajaan.

“Kalau ketika itu saya sudah bercakap wujudkan suruhanjaya, sekarang ini nampak tak keperluannya,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad