web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Sedia Ke Penjara, Najib Sanggup Ke? - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 8:35PM

Lim Kit Siang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang bersedia untuk ke penjara ‘kerana memberikan amaran supaya Malaysia tidak menjadi seperti Sri Lanka’, sebagai reaksi kepada siasatan yang dimulakan pihak polis terhadap satu ciapan beliau sebelum ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebaliknya secara sinis bertanya, apakah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersedia untuk ke penjara kerana didakwa mencemarkan nama negara di seluruh dunia sebagai ‘kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk’.

“Saya tidak menghasut sesiapa, mana-mana kelas atau komuniti orang dan saya tidak ada niat untuk menghasut sesiapa, mana-mana kelas atau komuniti orang,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Kit Siang kerana didakwa mengandungi kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan berkata, imej tangkap layar ciapan tersebut tular di aplikasi WhatsApp.

Menurut beliau, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Terdahulu, Kit Siang dipercayai telah mengeluarkan kenyataan bertajuk “Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week (Adakah Rumah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Malaysia Dibakar oleh Penunjuk Perasaan Seperti Berlaku di Sri Lanka, Minggu Lepas)".

Kit Siang menambah, beliau tidak mencipta atau memulakan sebarang transmisi ‘lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung dengan niat untuk mengganggu, mendera, mengugut atau mengganggu orang lain’.

Namun katanya, beliau bersedia untuk dipenjarakan kerana memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak menjadi seperti Sri Lanka.

Dalam pada itu, Kit Siang menarik perhatian terhadap tulisan adik Najib, Tan Sri Nazir Razak, dalam bukunya ‘What's In A Name’ berhubung bapa mereka, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang menolak permintaan adik beradik itu untuk membina kolam renang di kediaman rasminya ketika menyandang jawatan Perdana Menteri.

“Najib tidak menuruti langkah bapanya, Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua, dan kerana inilah kita dapat lihat episod permintaan kolam renang ini membawa kepada menjadi skandal 1MDB, ‘kleptokrasi paling teruk’ dan Malaysia telah tersesat arah, daripada muncul sebuah negara hebat bertaraf dunia,” katanya.

Kit Siang memberitahu, Malaysia perlu kembali semula kepada semua prinsip asas pembinaan negara bangsa yang telah dipersetujui oleh bapa pembangunan negara untuk bergelar sebuah negara hebat bertaraf dunia, dan bukannya menjadi satu lagi Sri Lanka atau Filipina. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar