web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Padan Muka! Punggah Rokok Seludup Tepi Jalan, 4 Lelaki Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 7:05PM

Anggaran nilai rokok seludup yang dirampas adalah RM558,240. - Gambar ihsan PGA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan ‘berani mati’ empat lelaki memunggah guni berisi rokok seludup bernilai RM1.1 juta dari dalam sebuah lori di tepi jalan di Bandar Rinching, Semenyih membawa padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Dalam serbuan pada jam 8.30 pagi itu, empat suspek berkenaan yang berusia antara 34 hingga 47 tahun termasuk seorang warga asing ditahan bersama 6,200 karton rokok.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kegiatan tersebut dikesan sepasukan anggota dari Batalion 4 PGA yang bertugas ketika hari kejadian.

Menurut beliau, kesemua suspek ketika serbuan dilaksanakan sedang sibuk memunggah barangan berupa guni ke dalam kenderaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam kenderaan, polis menemui rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup dan tidak bercukai.

“Jumlah keseluruhan rokok yang dirampas ialah 6,200 karton dengan anggaran nilai barang berjumlah RM558,240.00, manakala nilai cukai berjumlah RM578,544.00,” katanya.

Pemeriksaan turut mendapati suspek lelaki warga asing berusia 47 tahun tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Menurut beliau, turut dirampas adalah tiga kenderaan dan juga empat unit telefon bimbit bernilai RM171,950 menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,308,734.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Kajang, Selangor untuk tindakan siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Dengan tangkapan ini, kita percaya berjaya memutuskan satu rangkaian pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Semenyih dan Kajang, Selangor,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Rokok Seludup Bernilai RM2 Juta Dirampas

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Sindiket Rokok Seludup Tumpas, Nilai Rampasan Lebih RM8 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar