web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Superman Jalan Raya Ditahan, Ada Yang Miliki Dadah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 2:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan ‘superman’ jalan raya antara 34 individu ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dan jenayah termasuk memiliki dadah.

Kesemua suspek ditahan dalam operasi khas yang dilancarkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selama dua hari bermula Jumaat lalu dan berakhir malam tadi.

Operasi dinamakan Op Bersepadu, Op Samseng Jalanan, Op Parkir Haram, Op Mabuk dan Op Motosikal itu turut melibatkan pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi dilancarkan di sekitar pusat bandar, Jalan Raja Laut, Jalan Genting Klang, Jalan Kuching,

Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2).

Menurutnya, sebanyak 435 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 13 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Daripada 34 individu itu, 23 daripada mereka yang berusia antara 23 hingga 68 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, lapan lagi ditahan kerana melakukan aksi zig-zag, roket, superman dan bersaing sesama sendiri,” katanya hari ini.

Sarifudin berkata, individu yang ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam pula diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.

“Seorang lelaki yang ditahan kerana memiliki daun kering dipercayai dadah pula diserahkan kepada IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.

“Pemandu yang ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala ‘superman’ jalan raya akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

3

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad