web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tren Terkandas, Pengguna LRT Kelana Jaya Boleh Tebus Kupon

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 3:23PM

Proses penggantian dan baik pulih sistem brek sedang dijalankan secara progresif bermula Oktober 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 November depan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kira-kira 22,100 penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terjejas selama dua jam petang semalam, disebabkan tren terkandas berikutan kebocoran angkup (caliper) brek hidraulik.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata keadaan itu menyebabkan angkup brek tidak berfungsi ketika tren sedang beroperasi menjadikan tren tidak selamat untuk meneruskan perjalanan.

"Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, pihak operasi memutuskan untuk mengeluarkan tren tersebut daripada perkhidmatan dengan memandu secara manual dari stesen LRT Pasar Seni ke trek poket berhampiran stesen LRT Universiti.

"Bagaimanapun, ketika melepasi stesen KL Sentral, sistem brek telah mengalami kegagalan akibat kebocoran bendalir hidraulik yang menyebabkan tren diberhentikan kerana ia tidak lagi selamat untuk dipandu secara manual," katanya dalam sidang media di Kompleks Rapid Rail Subang, di sini, hari ini.

Amir berkata proses penggantian dan baik pulih sistem brek sedang dijalankan secara progresif bermula Oktober 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Nov depan.

"Sehingga hari ini, projek itu telah siap lebih 39 peratus daripada keseluruhan armada tren. 

"Kami sentiasa berusaha sedaya upaya dengan segala kepakaran yang ada bagi memastikan perkhidmatan rel kendalian kami berfungsi dengan lancar pada setiap masa tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau berkata kejadian itu adalah insiden kedua yang berlaku dalam tempoh dua minggu bagi perkhidmatan itu di laluan Kelana Jaya.

"Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang telah mengalami kelewatan dan kesulitan untuk menuju destinasi masing-masing.

"Mereka yang terlibat dengan insiden ini boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala yang perlu ditebus dalam masa lima hari bermula hari ini. Pengguna yang belum menuntut kupon ini boleh hadir ke mana-mana kaunter LRT Rapid KL bagi mendapatkan kupon tersebut," katanya.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya tergendala bermula pukul 4.36 petang semalam disebabkan sebuah tren terkandas di stesen LRT KL Sentral. Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada 6.36 petang setelah kerja pengalihan tren selesai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan