web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Santhara Sudah Pulang, Sedang Jalani Kuarantin Wajib - Annuar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 5:38PM

Edmund Santhara Kumar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wilayah Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar akhirnya pulang ke Malaysia, selepas menamatkan percutian panjang penuh kontroversi di New Zealand.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kepada The Vibes, menerusi pesanan hari ini.

Menurut Annuar, timbalannya ketika ini sedang menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari negara Pasifik itu dan hanya menjalankan tugas dari rumah buat masa ini.

“Beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga 29 Mac nanti,” katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kepulangan Santhara ke Malaysia.

Ahli Parlimen Segamat itu berlepas ke New Zealand pada 23 Disember untuk melawat isterinya yang sakit dan tiga anak mereka, ketika ini sedang melanjutkan pengajian di sana.

Beliau diberikan cuti selama 55 hari oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Annuar, bermula secara rasmi pada 28 Disember dan berakhir 20 Mac lalu.

Santhara sepatutnya kembali bertugas pada Isnin lalu.

Cubaan untuk menghubungi beliau di pejabatnya bermula Isnin bagaimanapun gagal.

Semalam, seorang petugas di pejabat kementerian memberitahu The Vibes, timbalan menteri berkenaan masih belum kembali untuk meneruskan tugas rasmi dan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan Santhara ketika ini.

Petugas itu menambah, Santhara juga tidak memiliki sebarang program di peringkat kementerian untuk tempoh beberapa minggu akan datang.

The Vibes juga cuba menghubungi pejabat Parlimennya di Segamat namun tidak berjaya, manakala email yang dihantar kepada beliau pagi semalam berakhir tanpa sebarang balasan.

Isu membabitkan lokasi sebenar Santhara pertama kali timbul bulan lalu, apabila ia didedahkan Sarawak Report bahawa Timbalan Menteri terbabit tidak berada di Malaysia, sebaliknya berada di New Zealand untuk melawat keluarganya.

Dalam satu kenyataan 1 Mac lepas, Santhara memberitahu cutinya selama 55 hari itu telah diluluskan dan beliau turut mematuhi segala peraturan diwajibkan bagi melakukan perjalanan berkenaan.

Sejak ia menjadi bualan hangat, beberapa pihak turut  mempersoalkan jika beliau memiliki kediaman tetap di New Zealand, selepas mengambil kira tempoh percutian yang panjang itu.

The Vibes sebelum ini pernah melaporkan bahawa Santhara dan isterinya pernah memohon status penduduk tetap (PR) di New Zealand kira-kira sedekad lalu, sebelum beberapa ‘insiden tertentu’ membuatkan mereka membatalkan hasrat terbabit. – Getaran, 24 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

‘Jalan-Jalan Muslim-Friendly NZ’ Untuk Pengembara Muslim Berseronok Di New Zealand

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Dikebumi Di Christchurch Esok

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Tasik Tekapo, New Zealand

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

New Zealand Kuat Kuasa Peraturan Baharu Bagi Kawal Penggunaan Vape

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran