Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perluas Penghapusan AP Kepada Barang Lain Termasuk Kenderaan - DAP

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 8:06PM

Lim Lip Eng - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menghapuskan permit import (AP) bahan makanan perlu diperluaskan kepada semua barangan import lain termasuk kenderaan bermotor.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pemansuhan kesemua AP akan mengurangkan jumlah ‘red tapes’ yang akhirnya membawa kepada peluang rasuah, sekali gus mengakibatkan peningkatan kos barang yang diimport.

“Penghapusan AP bagi bahan makanan, terutama semasa pandemik COVID-19 adalah tepat pada masanya kerana ia akan menurunkan harga makanan yang meningkat.

“Tetapi kenapa hanya AP bagi makanan dihapuskan? Kerajaan harus menghapuskan juga AP kenderaan bermotor, kerana ini juga akan mengurangkan jumlah ‘red tapes’, yang akhirnya membawa kepada peluang rasuah, sekali gus mengakibatkan kenaikan kos barang yang diimport,” katanya hari ini.

Menurut beliau, sudah terlalu lama pemegang AP menikmati keistimewaan dan dasar itu hanya memanfaatkan serta memperkayakan individu tertentu yang mempunyai rangkaian, berbanding rakyat.

“Dengan memperkenalkan persaingan dalam pasaran terbuka, ia akan membantu mengurangkan kos barangan import dan pada masa sama, usahawan tempatan akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membangunkan daya saing global serta menjadi pemain utama dalam pasaran antarabangsa.

“Berbanding AP, jika kerajaan serius untuk membantu industri berkembang dan membantu negara mengatasi kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh COVID-19, pengeluar tempatan perlu diberi insentif khas untuk berinovasi dan menaik taraf teknologi atau kemudahan pengeluaran masing-masing supaya setanding dengan pengeluar lain dari seluruh dunia,” katanya.

Tanpa tindakan seumpama itu, jelas Lip Eng, penghapusan AP bahan makanan tidak akan mencukupi dalam memerangi inflasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berpendapat, pemansuhan AP makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga kerana ia hanya melibatkan lima jenis makanan.

Lima jenis makanan itu jelasnya, adalah kobis bulat, kelapa tua biji, susu cair, potongan ayam dan beras.

“Kerajaan seharusnya memahami dengan lebih mendalam industri pertanian dan rantaian makanan.

“Punca kenaikan harga makanan sebenarnya adalah kebergantungan kita terhadap pengimportan makanan.

“Malaysia mengimport RM55 bilion makanan pada tahun 2020. Apabila harga makanan antarabangsa naik, harga di Malaysia juga naik kerana kita mengimport.

“Apabila ringgit Malaysia jatuh ke paras RM4.40 berbanding AS$1, harga makanan naik kerana kita bayar negara pengeluar dalam dolar AS,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan seharusnya meningkatkan kapasiti negara untuk mengeluarkan makanan dalam memenuhi keperluan 32 juta rakyat di negara ini.

Jelasnya, perkara tersebut dipanggil kedaulatan makanan (food sovereignty) yang bertujuan meningkatkan kapasiti petani, nelayan dan penternak kecil dan sederhana dalam negara untuk memenuhi keperluan makanan setempat.

“Dasar yang memansuhkan AP walaupun dilihat sebagai populis tidak akan menyelesaikan masalah kos makanan jika kerajaan gagal meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan para petani, nelayan dan penternak domestik,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Skim Pencen Wakil Rakyat: DAP Bersama Kerajaan - Loke

4

Semasa 5 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 1 hari yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik