web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Kerana RM300, Penjawat Awam Didakwa Rasuah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 6:02PM

Tertuduh (kiri) dibawa pegawai SPRM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di Kuantan, hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM300.

Tertuduh, Ahmad Akmi Mohamad, 39 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berasingan awal tahun ini.

Ketika melakukan kesalahan terbabit, dia memegang jawatan sebagai penolong pegawai pertanian di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Lipis.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM200 daripada pengadu pada 5 Januari lalu ketika berada di sebuah kedai mamak di Tempoyang, Kuala Lipis.

Dalam pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima wang tunai RM100 yang dipindahkan melalui mesin deposit tunai oleh pengadu sama 7 Januari lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas selesai pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad