web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Data 22.5 Juta Rakyat Dijual, Polis Jalan Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 9:36PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujud tawaran penjualan maklumat rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah JSJK, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan isu terbabit.

“Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan dibuat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, pihak polis menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini.

“Polis memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu seumpama itu dapat ditangani segera,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, sebuah portal teknologi dan telekomunikasi, Lowyat.net mendedahkan terdapat penjualan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia dan swafoto pengesahan kad pengenalan dimiliki 800,000 individu milik JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara dalam talian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataannya berkata, dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia seperti tular menerusi media sosial itu, disahkan bukan milik JPN.

Bagaimanapun, katanya, susulan isu terbabit, kementerian melakukan siasatan dan mendapati data dijual itu adalah koleksi penjual daripada sumber lain. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar