web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HFMD: 12 Premis Ditutup, 91.4 Peratus Kanak-Kanak Terima Rawatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 11:13AM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebanyak 12 premis berkaitan jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 1,378 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat 14 Mei lepas.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata peningkatan semula bilangan kes HFMD yang dilaporkan adalah selepas cuti Aidilfitri yang berlaku atas faktor pergerakan dan taska, tadika serta pusat penjagaan telah beroperasi semula.

“Terdapat peningkatan 1,322 kes atau 24.6 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 56 kes, dengan 95.5 peratus kes adalah kalangan berumur 0 hingga enam tahun.

“Untuk itu, sebanyak 12 premis merangkumi tadika, taska dan pusat penjagaan kanak-kanak telah diarahkan tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berlaku wabak HFMD di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya sebanyak lapan kes HFMD dilaporkan dimasukkan ke wad pada Minggu Epidemiologi 19 (ME19) iaitu 8 Mei hingga 14 Mei 2022, peningkatan enam kes berbanding minggu sebelumnya iaitu dua kes.

“Secara keseluruhan, jumlah kemasukan ke wad kanak-kanak atau perubatan adalah 67 kes dan majoriti kes (91.4 peratus) dirawat sebagai pesakit luar. Tiada kematian dilaporkan setakat ini,” katanya.

Mengikut pecahan daerah pula, Dr Muhamad Akmal menjelaskan daerah Melaka Tengah mencatat 124 kes, peningkatan sebanyak 69 kes (125.4 peratus) berbanding minggu sebelumnya iaitu 55 kes.

“Sementara di Alor Gajah dan Jasin, masing-masing melaporkan 162 kes dan 115 kes. Kedua-dua daerah ini meningkat 100 peratus berbanding sebelum ini yang tiada kes,” katanya.

Dr Muhamad Akmal turut menjelaskan setakat 14 Mei juga, terdapat tiga kluster HFMD dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 16 kluster wabak dengan daerah Jasin mencatat bilangan tertinggi iaitu 11 (68.8 peratus) diikuti empat di Melaka Tengah (25 peratus) dan Alor Gajah satu (6.2 peratus).

“Tadika, taska dan pusat jagaan merupakan premis tertinggi berlaku HFMD iaitu 12 kluster (75 peratus),” katanya.

Bagi mengekang penularan wabak, pemeriksaan dan pemantauan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah akan dilakukan ke atas persekitaran berisiko seperti taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak.

Dr Muhamad Akmal berkata 30 premis telah diperiksa setakat ini manakala taklimat serta Town Hall melibatkan 900 premis berkaitan pusat penjagaan kanak-kanak kerajaan dan swasta, guru dan pengusaha akan diadakan dalam empat sesi.

“Ibu bapa juga dinasihatkan tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala penyakit tersebut ke tempat awam, tadika, taska atau pusat asuhan untuk mengelak ia menular.

“Paling utama, sentiasa amalkan kebersihan premis dengan memastikan peralatan yang digunakan kanak-kanak seperti sudu, pinggan, meja dan alatan permainan sentiasa dibersihkan dan dinyahkuman,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi Lelaki 8 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hubungi Ibu Bapa Sekiranya Murid Tak Hadir Taska - Nancy

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Tadika SeDidik 'Hadiah Sangat Berharga' Untuk Anak Penan Di Pedalaman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek