web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaji Minimum Rancakkan Kenaikan Harga, Jurang Kaya-Miskin Terus Melebar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 9:00AM

Pakar menjangkakan kenaikan harga barang sebanyak 60 peratus susulan kenaikan gaji minimum. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin dijangka terus melebar disebabkan peningkatan harga barangan di pasaran, susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bermula bulan ini.

Lebih membingungkan, implikasi yang bakal dihadapi negara adalah lebih buruk sekiranya telahan pakar berhubung peningkatan harga barang sehingga 60 peratus susulan kenaikan gaji minimum tersebut menjadi kenyataan.

Timbalan Presiden Gerakan Pengguna Malaysia, Beninder Singh berkata, kenaikan harga akan memberi kesan langsung bukan sahaja kepada golongan B40, malah turut menjejaskan kelompok M40 iaitu kelas pertengahan.

Beninder Singh
Beninder Singh

Menurutnya, perkara itu mampu membawa golongan terbabit terjerumus kepada kategori B40, sekali gus membantutkan perkembangan ekonomi negara.

“Golongan ini akan sentiasa menaruh harapan terhadap kerajaan untuk melakukan sesuatu sebagai usaha membantu mereka.

“Justeru, kami mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan pemberian wang bantuan dan ia perlu dibahagikan kepada 12 bulan setahun.

“Setiap keluarga B40 dicadangkan diberikan bantuan maksimum sebanyak RM200 sebulan mengikut bilangan isi rumah.

“Kami pasti kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan inisiatif ini,” katanya kepada Getaran.

Bagi meningkatkan pendapatan negara Beninder berkata, kerajaan disaran memperkenalkan semula sistem percukaian Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan untuk membuat kajian terperinci terhadap rangkaian pengedaran sesuatu barangan bagi memahami komponen kos serta berusaha mengatasinya jika ia menyebabkan peningkatan harga.

“Selalunya kenaikan harga akan bermula daripada pihak pembekal atau pengilang dan peningkatan kos ini akan disalurkan kepada pengguna.

“Dalam segala penyiasatan pencatutan, pihak berkuasa perlu menyemak kos pembekal dan sekiranya terbukti ia meningkat, tiada apa yang dapat dilakukan selain pemberian subsidi,” katanya.

Tegas Beninder, pengenalan harga kawalan bukan jalan penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik.

“Ia hanya berkesan dalam usaha mengelakkan pengambilan untung yang berlebihan oleh peniaga, tetapi sekiranya kos semangnya meningkat, maka kawalan harga hanya akan menyebabkan berlakunya kekurangan sesuatu barangan dalam pasaran.

“Pihak penguat kuasa perlu mengambil tindakan pantas menyiasat sebarang aduan pengguna dan mengambil tindakan tegas sekiranya terbukti wujud sebarang kesalahan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Beninder berkata, pengguna dinasihatkan untuk mempelopori atau meneroka cabang perniagaan untuk menambah pendapatan bulanan bagi mengurangkan impak susulan peningkatan harga barangan.

“Mereka juga perlu berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan bagi mengelakkan daripada berhutang,” katanya, sambil turut meminta pengguna menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dah melaporkan sebarang kenaikan harga barang yang melampau di pasaran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu kenaikan harga barang bukanlah sesuatu isu baru sebaliknya adalah sudah dikategorikan sebagai ‘evergreen’.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

“Harga barangan di pasaran ‘dulu, kini dan selamanya’ akan terus naik. Inilah yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira apa juga musim.

“Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan telus ia pastinya akan mengakibatkan masalah lebih besar terutamanya kepada golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Menurut Nadzim, kadar gaji minimum yang diperkenalkan kerajaan adalah baik untuk golongan berpendapatan rendah namun persoalannya, adakah ia dapat menyelesaikan masalah seperti kenaikan harga barang disebabkan peningkatan kos tenaga buruh?

“Sekiranya berlaku kenaikan harga barang yang mendadak bukan saja golongan miskin, malah kumpulan pertengahan juga akan terjejas.

“Kerajaan perlu tangani perkara ini dengan proaktif untuk menjadikan negara lebih produktif sekali gus mengurangkan implikasi buruk kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 tahun yang lalu

Harga Makanan, Minuman Restoran Dijangka Naik Tahun Depan

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Tiada Tindakan Harga Barang Naik, Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Gagal -  Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan