Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harga Makanan, Minuman Restoran Dijangka Naik Tahun Depan

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan harga barangan asas dan bahan mentah bukan sahaja membebankan pengguna apabila terpaksa berbelanja lebih, malah membuatkan pengusaha restoran serta kedai makan ‘pening kepala’ setiap kali mencongak keuntungan yang semakin susut.

Lebih membebankan apabila kenaikan itu berlaku ketika mereka mula menarik nafas lega untuk menjana semula pendapatan, selepas operasi perniagaan yang terpaksa ditutup sementara akibat pandemik COVID-19, dibenarkan beroperasi semula sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Sekiranya pengusaha berkenaan meningkatkan harga makanan dan minuman pastinya tindakan itu membebankan pelanggan, tetapi keuntungan yang bakal diperoleh pula terlalu sedikit jika mengenakan nilai sama.

Bagaimanapun, sekiranya situasi kenaikan harga barangan itu masih berterusan sehingga akhir bulan ini, peniaga mendakwa tidak lagi mempunyai pilihan selain terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman bermula awal tahun depan.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, walaupun kenaikan harga barangan asas dan bahan mentah sememangnya tinggi ketika ini, pihaknya menasihatkan ahli persatuan itu supaya bersabar dan tidak menaikkan harga sehingga 31 Disember nanti demi kepentingan pelanggan.

Jelasnya, bagi tempoh itu, PRESMA turut menasihatkan ahlinya untuk mengekalkan harga seperti kali terakhir ia dinaikkan pada tahun 2018 dan sehingga kini mereka tidak membantah.

“Tetapi kita (PRESMA) menjangkakan kenaikan yang besar kemungkinan akan berlaku tahun depan, namun kita akan meminimumkan peningkatan ini.

“Kalau boleh, tidak ada lah harga teh dan kopi naik sampai RM0.60 seperti didakwa mahu dikenakan segelintir peniaga kerana bagi saya kenaikan RM0.40 hingga RM0.60 sesuatu yang drastik sangat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Datuk Jawahar Ali Taib Khan
Datuk Jawahar Ali Taib Khan

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kemungkinan perniagaan kedai makan, termasuk di bawah PRESMA yang memiliki seramai 4,500 ahli dan 9,000 restoran, menaikkan harga makanan serta minuman susulan peningkatan harga barangan asas dan bahan mentah.

Jawahar Ali berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diminta mengambil pendekatan terbaik bagi mengelakkan kenaikan melampau harga makanan dan minuman, melalui usaha mengawal peningkatan kos barangan asas serta bahan mentah di pasaran.

Katanya, kenaikan harga barangan asas dan bahan mentah dahulu hanya berlaku pada musim perayaan apabila kementerian berkenaan mengetatkan harga siling untuk produk tertentu, tetapi segalanya berubah kebelakangan ini apabila menunjukkan peningkatan mencanak-canak.

“Kos semakin naik, harga bahan mentah pun memang semua meningkat, antaranya ikan dan sayur.

“Jadi dengan keuntungan berkurangan dan keperluan bagi menampung kewangan perniagaan, seperti membayar gaji tinggi, sememangnya memerlukan kenaikan, maknanya benda itu kita kena terjemahkan dalam bentuk harga makanan dan minuman,” katanya.

Mengulas lanjut, Jawahar berkata, PRESMA sudah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam untuk membincangkan isu semasa berhubung kenaikan harga barangan asas serta bahan mentah.

Perbincangan itu katanya, akan turut mengetengahkan masalah dihadapi pengusaha terbabit, termasuk tidak mampu terus berdepan kenaikan berkenaan.

Menerusi pertemuan itu juga, katanya, PRESMA akan memperincikan kesan kenaikan terhadap peningkatan kos dan keuntungan pengusaha restoran.

“Dalam situasi dialami ketika ini akibat kenaikan kos itu, keuntungan diperoleh sangat minima, malah sekiranya sekeping roti canai dijual pada harga RM2, ia masih tidak berbaloi.

“Namun disebabkan kebanyakan makanan dijual kami, terutama roti canai, tosei, roti capati serta nasi lemak adalah makanan ruji, kita tetap meletakkan harga dengan keuntungan cukup minima,” katanya.

Pada masa sama, Jawahar berkata, pihaknya mengharapkan penubuhan unit di KPDNHEP bagi memantau kenaikan harga di pasaran semasa, terutama pasar borong secara berterusan tanpa mengikut musim tertentu.

“Kita (PRESMA) faham, jumlah pegawai penguat kuasa kementerian ini hanya kira-kira 2,000 orang yang pastinya menyebabkan kekangan untuk membuat pemantauan, tetapi sesuatu perlu dilakukan,” katanya. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Restoran Tular Di Teluk Intan Tiada Sijil Halal - JAIPk

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

‘Shrinkflation’: Adakah Mengelak Berkunjung Ke Restoran Satu-Satunya Jawapan?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Boikot Restoran Secara Tidak Adil Bebankan Pengusaha - Ismail Sabri

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini