web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bakar Mercun Dekat Plaza Tol, 5 Lelaki Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 9:18PM

Kelima-lima mereka yang ditahan akan direman bermula esok untuk siasatan lanjut. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden membakar mercun di tepi jalan di Plaza Tol Setia Alam dekat sini, selepas video berkenaan tular di laman TikTok baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kelima-lima mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 42 itu akan direman bermula esok untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Siasatan awal mendapati video (yang tular) berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza tol Setia Alam.

“Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam 14 Mei lalu, bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan mereka, dikenali sebagai Mustafa, yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan rakan-rakannya,” katanya hari ini.

Tambahnya, kelima-lima suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ketika disoal siasat. 

“Suspek ditangkap setelah kita buat soal siasat dan pengecaman menerusi video yang tular tersebut,” katanya.

Baru-baru ini, tular satu video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ (Sambutan Hari Jadi Abang Besar) di laman TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki membakar mercun di tepi jalan Plaza Tol Setia Alam. - Getaran, 17 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad