web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Tepung Gandum Malaysia Tidak Terjejas - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 7:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba semasa, dijangka tidak menjejaskan bekalan tepung gandum di Malaysia kerana negara mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia.

Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), biji gandum selebihnya diimport Malaysia dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

“Justeru larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca terik, tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Kementerian itu memaklumkan, sebanyak 2,200 penguat kuasa KPDNHEP akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran.

Ketua Pengarah Perdagangan Luar Negara di bawah KPDNHEP  menerusi kenyataan bertarikh 13 Mei lalu pula memaklumkan, India menghentikan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta dalam usaha meningkatkan keselamatan makanannya.

Eksport gandum ke negara lain katanya, hanya dibenarkan atas kelulusan kerajaan India dan berdasarkan permintaan kerajaan mereka.

India mengeksport tujuh juta tan metrik gandum bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM8.77 bilion) pada tahun kewangan 2021-2022 dengan separuh daripadanya dibeli oleh Bangladesh.

Laporan media baru-baru ini menyatakan, pengeluaran gandum India pada tahun 2022 terjejas akibat gelombang haba, selain negara itu berdepan peningkatan inflasi makanan berikutan harga komoditi global lebih tinggi. - Getaran, 17 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengusaha Kuih Baulu Bimbang Sukar Dapat Bekalan Sabut Jika Hujan Berterusan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mersing Jadi Daerah Terbaharu Terjejas Banjir, Mangsa Melonjak Kepada 2,912 Orang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad