web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengusaha Kuih Baulu Bimbang Sukar Dapat Bekalan Sabut Jika Hujan Berterusan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 4:31PM

Rizal Mohamad, 51, yang menjalankan perusahaan kuih baulu tradisional berkata hujan dan banjir berterusan dikhuatiri akan menjejaskan premis yang merupakan satu-satunya punca pendapatan keluarga - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING -  Seorang pembuat kuih baulu di Jalan Haji Ariffin, Endau, di sini resah, keadaan hujan yang berterusan di daerah itu menyukarkannya untuk mendapatkan bekalan sabut sekali gus menjejaskan pendapatannya.

Rizal Mohamad, 51, yang menjalankan perusahaan kuih tradisional itu berkata hujan dan banjir berterusan dikhuatiri akan menjejaskan premis yang merupakan satu-satunya punca pendapatan keluarga.

Dia bersama isteri, Rosnani Said, 51, yang menjual kuih pau di depan kediaman mereka itu berkata kejadian banjir termenung menambah kesukaran untuk mengemas premis dan menjual kuih yang menjadi pilihan masyarakat ketika perayaan, majlis keraian serta juadah minum petang itu.

"Apabila cuaca hujan berterusan seperti ini, agak sukar untuk kita mendapatkan bekalan sabut yang boleh didapati dengan kos RM60 bagi muatan sebuah lori kecil. 

“Saya berniaga baulu sabut, baulu cermai, baulu berbentuk bunga dan ikan. Pendapatan juga tidak menentu. Kalau sabut ada, dapatlah kira-kira RM250 hingga RM350 sehari,” katanya ketika ditemui Bernama di premis berkenaan yang dinaiki air hingga paras lutut di sini hari ini. 

Rizal yang berniaga sejak 2017 itu, berkata hujan lebat yang berterusan telah melanda daerah itu sejak Sabtu lepas menyebabkan premisnya dinaiki air pada hari sama sehinggakan barang perniagaan seperti sabut kelapa menjadi basah malah dua tong gas turut dibawa arus deras, namun sempat diselamatkan. 

"Sekiranya banjir termenung berlaku, maka terpaksalah kami tutup (premis) dulu, tambahan pula keadaan cuaca pun tidak menentu sekarang," katanya.

Bagaimanapun, bapa kepada lapan anak itu belum dapat memastikan jumlah kerugian kerana masih belum menghidupkan suis elektrik utama di premisnya. 

"Kita juga khuatir mesin pengadun dan ketuhar rosak,” katanya yang mendapat bantuan alatan tersebut daripada sebuah bank. 

Setakat 12 tengah hari tadi, daerah Mersing merupakan daerah kedua paling ramai mangsa terjejas banjir dengan 830 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS), di belakang Batu Pahat yang merekodkan 952 mangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad