web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adik Kepada Kanak-Kanak Yang Meninggal Dunia Disyaki Turut Didera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 6:20PM

Mior Faridalathrash Wahid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Adik kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia awal pagi semalam disyaki turut didera oleh ibu dan bapa saudaranya, disyaki turut menjadi mangsa penderaan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baharu pada tubuh badan mangsa dipercayai akibat didera.

“Terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baharu pada mangsa dipercayai akibat didera oleh suspek sama yang mendera kanak-kanak berusia lapan tahun iaitu kakak mangsa sehingga meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pagi tadi, pasangan suami isteri berusia 40 tahun itu yang ditahan semalam susulan kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang meninggal dunia disyaki kerana didera direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman ke atas kedua-dua mereka yang beralamat di Jitra, Kedah itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas menerima permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret Ipoh.

Semalam, Mior Faridalathrash dilaporkan berkata penahanan kedua-dua suspek dibuat susulan laporan kematian kanak-kanak perempuan itu daripada pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada kira-kira 3.14 pagi.

Beliau berkata pegawai perubatan itu membuat laporan bahawa jabatan terbabit menerima seorang pesakit kanak-kanak yang dibawa menaiki ambulans dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira 1.45 pagi.

Katanya bedah siasat telah dijalankan oleh pakar patologi Jabatan Forensik HRPB dan didapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan disebabkan oleh benda tumpul.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu pula diselamatkan pihak polis di sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya di sini malam tadi selepas menerima maklumat kes penderaan sebelum dibawa ke HRPB untuk dirawat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek