web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HRD Corp Akan Jalin Kerjasama Strategik Dengan Johns Hopkins University

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 3:07PM

M Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - HRD Corp, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menjalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University antaranya merangkumi penyediaan program latihan kemahiran bagi memastikan pekerja Malaysia bersedia untuk masa hadapan digital.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata persetujuan jalinan kerjasama strategik itu dinyatakan ketika beliau melawat universiti tersebut semasa berada di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program-program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaru seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi 5G, keselamatan siber, teknologi blok rantai dan beberapa lagi program.

“Saya difahamkan Johns Hopkins University adalah sebuah universiti penyelidikan pertama ditubuhkan di AS.

“Saya percaya HRD Corp boleh memanfaatkan kepakaran yang dimiliki oleh Johns Hopkins University  dalam kursus-kursus berteknologi tinggi terutama bagi tujuan pembangunan kemahiran golongan profesional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saravanan berkata HRD Corp dan Johns Hopkins University juga akan bekerjasama untuk  membangunkan program-program latihan jangka pendek bagi memperkuat kebolehpasaran tenaga kerja Malaysia dan itu akan menyokong usaha kerajaan dalam memastikan terdapatnya peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.

“Sejajar dengan hasrat HRD Corp untuk membolehkan perolehan kelulusan melalui latihan-latihan jangka pendek, HRD Corp akan mengusahakan agar latihan yang ditawarkan penyedia latihan berdaftar turut diiktiraf oleh Johns Hopkins University.

“Selain itu, saya telah mengesyorkan HRD Corp untuk menggunakan peluang usahasama dengan Johns Hopkins University bagi meluaskan penerimaan inisiatif Microcredential HRD Corp di peringkat antarabangsa, memandangkan HRD Corp telah memperkenalkan rangka kerja microcredential baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, Saravanan berkata beliau telah mengarahkan HRD Corp untuk bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk memastikan pegawai-pegawai kanan kerajaan dapat mencapai program-program latihan dalam bidang AI.

“Program ini akan memberi pendedahan selain melengkapkan pegawai kerajaan dengan kefahaman dan kemahiran yang diperlukan dalam memperkukuh kepimpinan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad