web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Binaan Tak Berpaku Pikat Juri, Juarai Pertandingan Pintu Gerbang Raya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 8:21PM

Pintu gerbang yang dihasilkan oleh Kelab Belia Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut berjaya menjuarai pertandingan Pintu Gerbang Raya 2022 Peringkat Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Keunikan seni bina tanpa menggunakan paku berjaya membuatkan pintu gerbang dihasilkan Kelab Belia Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, di sini, menjuarai pertandingan Pintu Gerbang Raya 2022 Peringkat Tawau, semalam.

Menerusi kemenangan itu, kampung berkenaan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, selepas menewaskan 26 binaan pintu gerbang lain dalam pertandingan yang berlangsung sejak 14 April lalu.

Wakil kelab berkenaan Muhammad Asril Sabar berkata, 40 penduduk kampung dan sebahagian besar belia terbabit dalam pembinaan tersebut. 

"Biarpun ramai belia kampung terlibat, golongan dewasa atau orang lama di Kampung Pukat juga memainkan peranan penting khususnya dalam memberi idea konsep seni bina yang ada.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan malam ini (semalam) kami dipilih sebagai pemenang," katanya.

Pintu gerbang Kampung Pasir Putih mendapat tempat kedua.
Pintu gerbang Kampung Pasir Putih mendapat tempat kedua.

Menurut Muhammad Asril, mereka mengambil masa hampir dua minggu untuk menyiapkan sepenuhnya pintu gerbang yang berkonsepkan kemeriahan Aidilfitri cara kampung itu.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program tersebut dilihat dapat mencapai objektif penganjuran iaitu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

"Program ini cukup baik kerana selain semangat perpaduan, ia juga dapat memberi kesedaran kepada kita semua untuk terus berusaha mengekalkan keharmonian bermasyarakat.

"Malah saya melihat, ia juga berpotensi untuk dikembangkan menjadi antara produk pelancongan di negeri ini dan menjadi acara tahunan setiap kali menjelang Aidilfitri," katanya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman, ADUN Sri Tanjong, Justin Wong, ADUN Kukusan, Rina Jainal dan ADUN Merotai, Sarifuddin Hata.

Kampung  Saddani pula memperoleh kedudukan ketiga.
Kampung Saddani pula memperoleh kedudukan ketiga.

Tambah Nizam, pihaknya akan mengusulkan kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) agar penganjuran program seumpama itu dikembangkan sebagai acara tahunan bagi membolehkan lebih banyak penyertaan diterima dari kampung sekitar daerah ini.

Sementara itu, penganjur Asmah Kadir berkata, pihaknya turut menggunakan tiga juri profesional yang berpengalaman luas dalam bidang arkitek dan seni bina.

"Biarpun pertandingan hanya di peringkat daerah, namun, pemilihan pemenang dibuat secara profesional oleh juri yang pakar.

"Justeru, saya menegaskan pertandingan ini bukan biasa-biasa, sebaliknya setiap peserta juga menunjukkan hasil kerja yang berkualiti dan kreatif sehingga melayakkan mereka memenangi hadiah lumayan," katanya.

Lebih menarik lagi jelas Asmah, program yang julung kali diadakan itu turut mendapat sokongan semua sembilan Ahli Parlimen dan ADUN di Tawau serta Kalabakan tanpa mengira ideologi politik.

Selain wakil rakyat WARISAN, turut memberi sokongan ialah Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew (PKR), ADUN Balung Hamild @ Hamid Awang (BN), ADUN Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy (BN) dan ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir (BERSATU). - Getaran, 15 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad