web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Tetak Mati Bayi Alami Kemurungan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 8:55PM

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lelaki warga emas yang menetak sehingga mati bayi perempuan berusia enam bulan dalam kejadian di Kampung Ubi Sungai Pauh di sini, kelmarin dipercayai mengalami kemurungan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 60 tahun yang juga datuk saudara bayi itu, berdepan masalah kesihatan terbabit sejak dua tahun lalu.

Jauteh berkata, berdasarkan maklumat diterima, suspek merasakan seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh ahli keluarganya sehingga menyebabkan dia tertekan.

“Suspek juga dipercayai semakin tertekan dan murung kerana salah seorang anaknya ditangkap pihak berkuasa kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Menurut Jauteh, pihak polis juga sudah mengambil sampel darah suspek untuk mengesan jika dia terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah atau di bawah pengaruh alkohol.

Tambahnya, suspek yang kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, masih ditempatkan di hospital untuk rawatan selepas cedera ketika ditahan orang ramai di lokasi kejadian.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 2 petang Selasa lalu, ibu bayi terbabit turut ditetak lelaki sama sehingga parah.

Getaran semalam melaporkan, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, bertindak atas maklumat orang awam pada jam 2.40 petang, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, polis mendapati seorang bayi perempuan maut selepas ditetak di kepala, manakala wanita berusia 35 tahun parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga mangsa hampir putus. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad