web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemalangan Maut 5 Sahabat, Hasrat Ikut Jejak Ibu Berniaga Tak Kesampaian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 7:01PM

Ahli keluarga mangsa hadir di Jabatan Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk membuat pengecaman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - “Walaupun terlalu sedih kerana minat mendalamnya untuk mengikut jejak langkah saya dalam perniagaan tak kesampaian dan dia pergi terlalu cepat, ini sudah ketentuan Ilahi, saya perlu redha menerima,” kata Siti Norazah Bahari, 42, dalam nada sebak.

Beliau adalah ibu kepada seorang daripada mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Terowong Menora tengah malam tadi, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Faiz, 19.

Siti Norazah berkata, Muhammad Nabil Haikal sememangnya sangat berminat dalam bidang itu dan sering berkongsi mengenai cita-citanya untuk menjadi ahli perniagaan berjaya selepas tamat pengajian dalam kursus Pentadbiran Perniagaan.

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan Muhammad Nabil Haikal adalah pada petang semalam, sebelum mesej dihantar kepada anak kesayangannya itu tidak dibalas sehingga tengah malam tadi.

Jelasnya, Muhammad Nabil Haikal tidak memaklumkan kepada beliau yang dia ingin ke mana-mana dan kejadian itu hanya diketahuinya sebaik dihubungi rakan arwah yang memaklumkan anaknya terbabit kemalangan maut.

Mayat seorang daripada mangsa kemalangan dibawa masuk ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat dan pengecaman.
Mayat seorang daripada mangsa kemalangan dibawa masuk ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Menceritakan mengenai keperibadian arwah anaknya itu, Siti Norazah berkata, Muhammad Nabil Haikal mempunyai perwatakan manja dengan adik-beradik dan kehilangannya amat dirasai serta berat untuk diterima.

“Saya baru sahaja menghantarnya pulang ke USAS dengan menaiki ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) Isnin lalu bagi menjalani pembelajaran secara bersemuka buat pertama kali, selepas mengikuti kelas secara dalam talian sebelum ini.

“InsyaAllah, jenazah anak saya akan dikebumikan di Nilai, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Kuala Kangsar,” katanya.

Dalam tragedi turut membabitkan dua treler itu, Muhammad Nabil Haikal bersama empat rakannya rentung apabila kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar.

Empat rakannya adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam