web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu COVID-19 Melonjak Ke 3,321 Kes, 8 Kematian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 11:28AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 dalam negara melonjak ke paras 3,000 kes dengan 3,321 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Berdasarkan data pada laman sesawang COVIDNOW, angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,467,061 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 3,311 kes tempatan dan 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak lapan korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian baharu itu direkodkan di Johor, Kedah dan Pahang yang masing-masing dua kes, manakala Negeri Sembilan serta Perak, satu kes di setiap negeri.

Angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,598 dengan 7,539 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 24,859 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 94.1 peratus atau 23,385 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 33 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,373 orang atau 5.5 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 59 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,416 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,406,613 kes.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 1.05 dengan Pulau Pinang mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.91, diikuti Melaka (0.90), Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing 0.85.

Kedah dan Pahang pula, masing-masing (0.82) manakala Negeri Sembilan (0.81). - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad