web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keldai Akaun: Pemilik Akaun Bakal Disenarai Hitam Buka Akaun Baharu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 6:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Maklumat akaun bank yang digunakan sebagai akaun keldai akan dikongsi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan semua institusi kewangan supaya pemiliknya disenarai hitam daripada membuka akaun baharu.

Maklumat berkenaan juga akan disenaraikan dalam ‘Portal Semak Mule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang boleh diakses melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata trend jenayah komersil kini menyaksikan akaun keldai semakin berleluasa digunakan oleh penjenayah untuk menerima wang hasil daripada aktiviti penipuan dalam talian dan menerusi media sosial.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 29,769 akaun bank didapati digunakan sebagai akaun keldai, manakala bagi tahun ini sehingga 10 Mei lepas, sebanyak 1,669 akaun keldai direkodkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 12,659 individu ditahan dan dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata siasatan polis menunjukkan individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh penjenayah sebenarnya mengetahui bahawa mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat akaun kepada mana-mana pihak.

Justeru, beliau menggesa individu atau syarikat yang tidak lagi mempunyai kawalan ke atas akaun bank mereka dan akaun itu digunakan untuk kegiatan menyalahi undang-undang, agar segera menutup akaun berkenaan.

“Tindakan tegas akan diambil dengan menangkap mana-mana pihak yang membenarkan akaun bank mereka digunakan sebagai akaun keldai dan seterusnya mencadangkan pertuduhan ke atas mereka kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Mohd Kamarudin turut memohon kerjasama pertubuhan bukan kerajaan di negara ini untuk membantu polis memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa mereka tidak boleh berselindung sebagai mangsa apabila membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk aktiviti jenayah dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik akaun berkenaan sebagai rakan sejenayah dan pensubahat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad