web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syarikat Penerbangan Diarah Selesai Segera Isu Penumpang – Menteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 4:40PM

Wee Ka Siong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sudah mengarahkan syarikat penerbangan menyelesaikan segera isu teknikal dihadapi penumpang, demi keselamatan dan keselesaan mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, arahan itu turut dikeluarkan bagi memastikan teknikal kepada peraturan penerbangan awam dipatuhi, selepas pihaknya mengadakan rundingan dan siasatan berhubung beberapa isu berkaitan penumpang penerbangan yang diperkatakan di media sosial.

Katanya, kementerian itu juga sudah mengarahkan syarikat penerbangan untuk menyampaikan maklumat kepada penumpang bagi mengurangkan kesulitan dihadapi.

“Sejak beberapa hari lalu, MOT dan agensi berkaitan penerbangan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sudah menerima serta menyiasat laporan penumpang di beberapa saluran, termasuk media sosial yang memberi maklum balas mengenai pengalaman mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan.

“Kerajaan bersimpati dengan nasib menimpa mereka dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan syarikat penerbangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ka Siong berkata, kebanyakan aduan dibuat adalah berkait dengan trafik penumpang lebih tinggi daripada biasa semasa musim perayaan, sehingga syarikat penerbangan terpaksa menggunakan sepenuhnya pesawat untuk memenuhi permintaan.

Jelasnya, pesawat yang menghadapi masalah teknikal juga sudah ‘direhatkan’ daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan lebih teliti.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, kementerian itu meminta orang ramai untuk kekal tenang dan terus memberi maklum balas terperinci kepada syarikat penerbangan bagi menyelesaikan sebarang isu operasi yang berlaku.

“Setakat 10 Mei 2022, semua aduan berkaitan penjadualan semula dan kelewatan penerbangan sudah dipulihkan.

“Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawahnya akan terus memantau setiap perkhidmatan penerbangan untuk memastikan prosedur penyelenggaraan dan isu teknikal dipatuhi tanpa kompromi,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa sudah menegur pihak terlibat untuk memastikan pematuhan peraturan teknikal, ekonomi dan keselamatan, selain tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pengendali yang gagal berbuat demikian.

“Adalah penting bagi syarikat penerbangan untuk menambahbaik saluran komunikasi di antara penumpang dan pelanggan bagi memastikan mereka menerima maklumat berhubung status penerbangan mereka,” katanya. – Getaran, 10 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Secara Dasar Benarkan Syarikat Penerbangan Kenakan Caj Pelepasan Karbon - Anthony Loke

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarawak Ingin Tiru Kejayaan Emirates Airline - Abang Johari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Syarikat Penerbangan: Polis Buka Kertas Siasatan Terima Lebih 60 Laporan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad