Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Jawab Isu Penumpang ‘Disidai’ Sejam, Pesawat Alami Isu Teknikal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 2:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semalam, tular video penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dibiarkan kepanasan selama sejam sebelum dimaklumkan penerbangan terbabit terpaksa ditangguhkan kerana mengalami kerosakan.

Dalam video di Twitter itu, jelas kedengaran suara anak kecil menangis disebabkan tidak selesa dengan persekitaran kabin pesawat yang bertukar panas.

Susulan itu, Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) tampil memohon maaf terhadap kesulitan yang berlaku membabitkan penumpang pesawat MH2710 dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah.

Jurucakap Malaysia Airlines memaklumkan, insiden yang berlaku pada Ahad lalu berpunca daripada enjin pesawat mengalami masalah teknikal ketika dihidupkan.

“Pesawat itu juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu (bay) selepas prosedur kali kedua untuk menghidupkan enjin gagal ketika melakukan pushback.

“Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses baik pulih dilakukan hingga menyebabkan persekitaran kabin menjadi panas,” katanya hari ini.

Pada masa sama, jurucakap terbabit turut memaklumkan terdapat seorang penumpang yang memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

Katanya lagi, semua penumpang terjejas dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas ke Sandakan pada jam 1.37 tengah hari kelmarin dan selamat mendarat kira-kira jam 4.30 petang, hari yang sama.

“Malaysia Airlines kesal dengan kelewatan dan memohon maaf sekali lagi atas ketidakselesaan sementara yang dialami penumpang.

“Keselamatan kekal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines,” katanya.

Masalah yang dialami penumpang pesawat terbabit turut mengundang simpati netizen apabila majoriti meluahkan kekecewaan dengan layanan diberikan syarikat penerbangan terkemuka negara itu.

“Simpati dengan penumpang, pernah melaluinya. Tapi pelik, MAS masih tidak boleh berfikir secara logik. Anda mempunyai satu kerja, melayani penumpang anda,” kata Davetoh.

“Kesian. Pergh boleh bayang hangit tengit macam sesak nafas ruang tertutup. Nak buka tingkap tak boleh,” kata MAzam.

“Dengan panas, budak nangis lagi pedih mat. Tiket kira refund ke macam mana tu? Ke kira halal je?,” soal Sharizezhan. - Getaran, 10 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Mana Satu Yang Betul Ni

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Cemas Jika Lihat Pesawat ATM Terbang Rendah - ATM

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Sukan 1 hari yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

Semasa 5 jam yang lalu

Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan